Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 15 Februari 2012

KAWAL LIDAH


Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
Muslim yang sebenar ialah mereka yang dapat mengawal lidah dan anggotanya daripada menyakiti orang lain. Baginda SAW juga berwasiat kepada Sufian dalam hadis yang sahih apabila ditanya maksudnya: Wahai Sufian, inilah anggota yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat (sambil mengisyaratkan kepada lidah Baginda SAW)  
(Hadis Riwayat Tirmizi )

Bukti daripada Rasulullah SAW tentang peranan lidah apabila kita berkata-kata kepada orang lain. Hanya dengan lidah ada dua kemungkinan sahaja iaitu sama ada kita mengatakan perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan tidak menyinggung perasaan orang lain ataupun mengatakan perkara-perkara yang bukan-bukan, penipuan, pembohongan dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemarahan, dendam atau menyakiti hati dan perasaan orang lain. Pilihan ada di tangan kita.

Profesion jualan bukanlah seperti profesion yang lain kerana dalam jualan, gosip-gosip dan perkara-perkara yang di luar dari batasan jualan amat-amatlah ditegah dan dilarang sama sekali. Bagi memastikan segala percakapan kita sentiasa di percayai oleh prospek/pelanggan kita semua adalah disarankan agar kita dapat melakukan ia seperti berikut

i.                    Berkata benar walaupun ia nya pahit
Jangan di reka-reka tetapi perkatakan tentang segala kelebihan yang ada pada produk yang di tawarkan.  Mungkin pahit kerana takut prospek/pelanggan mungkin tidak mahu menerimanya tetapi usaha untuk mencuba memberikan penerangan dan meyakinkan prospek/pelanggan tersebut sememangnya di perlukan.

ii.                  Jangan di turuti kehendak hati dan perasaan
Lakukan dengan ikhlas dan jangan sama sekali dituruti segala nafsu buruk kita dalam memastikan prospek/pelanggan menerima tawaran dari kita. Jikalau perkara sebegini masih lagi berleluasa kita lakukan nescaya pada suatu hari nanti di masa akan datang pelanggan tersebut akan amat sukar bagi dirinya untuk mempercayai kita lagi terutama sekali apabila kita ingin berurusan lagi dengan pelanggan tersebut. 

iii.                Percaya dan yakin akan apa yang kita perkatakan
Belajar untuk mempercayai produk kita dan keupayaan diri kita dalam melakukan presentasi dan penerangan di hadapan prospek/pelanggan kita sendiri. Selagi kita tidak yakin dan merasa sangsi, selagi itulah kita akan gagal mengawal lidah kita dari mengatakan perkara-perkara yang tidak benar sentiasa.

iv.                 Jangan mengutuk, mengeji, menipu dan memandang rendah
Ingat sentiasa balasan dari Allah SWT tentang bahayanya lidah yang tidak dapat di kawal sendiri oleh kita akan datang semula kepada kita. Ambil yang positif supaya kita akan lebih mudah berdamping dan mendapat kepercayaan dari prospek/pelanggan yang kita temui. Kita gagal melakukannya bermakna kita juga akan gagal juga dalam melakukan jualan seperti mana yang di idamkan.

Begitulah bahayanya peranan lidah jika tidak dapat di kawal dengan baik sekali kerana Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Berhati-hatilah sentiasa dengan apa yang kita perkatakan selalu dan sentiasa kerana ia nya adalah lambang keperibadian kita sendiri kepada orang lain. Jangan sampai orang lain langsung tidak mempercayai kita hanya kerana kegagalan kita mengawal lidah dan percakapan kita kepada mereka. Jujur dan berkata benarlah sentiasa kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita sendiri adalah doa kita meminta kepada Allah SWT. Jadi berhati-hatilah sentiasa dan awasi segala percakapan kita walau di mana juga kita berada.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan