Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 12 Februari 2012

PUJUKAN YANG SEPATUTNYA


Salah satu seni yang harus di gunakan dalam proses melakukan penutupan jualan adalah dengan cuba melakukan proses pujukan. Pujukan di sini bukan bermakna kita perlu melakukan secara merayu-rayu dan meminta belas ihsan serta meminta belas kasihan orang kepada kita sendiri. Tujuan utama kita melakukan jualan telah lari dari landasan sebenarnya iaitu daripada ingin membantu prospek/pelanggan dan menceritakan kelebihan produk kita kepada meminta-minta memohon simpati dan belas ehsan prospek/pelanggan kita untuk menerima tawaran produk kita.
Antara perkara-perkara yang perlu di lakukan dalam memujuk prospek/pelanggan dalam membantu mereka melakukan keputusan dengan baik dan berkesan adalah dengan cara

i.                    Tegas dengan apa yang ada perkatakan

Berikan keyakinan dan tanamkan kepercayaan prospek/pelanggan melalui apa yang telah kita sampaikan itu adalah lebih baik dari kita melakukan pembohongan dan penipuan yang tidak sepatutnya kita lakukan.

ii.                  Meletakkan diri kita

Kita perlu sentiasa merasakan kita berada di dalam situasi prospek/pelanggan kita yang mungkin berada di dalam dilema dan kesukaran untuk menerima tawaran produk kita. Berada bersama mereka seolah-olah kita tahu apa masalah dan kepayahan mereka.

iii.                Prestasi tugasan kita

Tunjukkan yang kita benar-benar pakar dan cekap akan apa yang kita perkatakan dan tunjukkan kepada prospek/pelanggan kita. Beri keyakinan yang mendalam kepada prospek/pelanggan kita untuk memudahkan lagi kepercayaan mereka terhadap kita.

iv.                 Berbudi bahasa dan bersopan

Sikap dan gaya sebegini akan memberikan satu tanda yang positif atas diri kita di hadapan prospek/pelanggan yang kita temui. Melakukan secara berhemah dan berlemah lembut sememangnya mempunyai nilai-nilai berbudi bahasa dan bersopan sentiasa dalam memahami kehendak dan keperluan mereka

Lakukanlah cara yang terbaik tanpa berputus asa. Lakukanlah dengan cara hati yang suci murni, berbudi bahasa dan saling menghormati sesiapa juga yang kita temui. Akhlak yang baik menunjukkan keperibadian yang di hormati oleh semua orang yang kita temui.   Di sini kita sendiri adalah senjata utama dalam mempengaruhi seseorang dalam melakukan keputusan sama ada untuk menerima atau tidak tawaran yang di tawarkan. Kita tidak akan menyesal selagi kita sendiri mahu berubah untuk kebaikan diri kita sendiri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan