Hakikatnya dalam dunia jualan, apabila kita
berjaya menghasilkan penutupan jualan bermakna kita telah berjaya mendapatkan
satu kejayaan mendapatkan seorang pelanggan buat diri kita dan organisasi
tempat kita bekerja dan bernaung. Tidak di nafikan juga pada setiap jualan, siapa yang menemui prospek/pelanggan tersebut akan di
anggap kejayaan buat diri orang yang berjaya melakukan jualan kepada pelanggan
tersebut tanpa perlu memikirkan lagi tentang diri pelanggan tersebut
sama sekali.
Kejayaan yang di maksudkan dalam penutupan
jualan sebenarnya bukan sahaja di nikmati oleh
si penjual tersebut sahaja tetapi juga kepada pelanggan yang menerima produk
yang di tawarkan. Kedua-dua belah pihak sebenarnya mendapat kejayaan
yang di idamkan kerana seperti berikut
Kejayaaan bagi Penjual
i.
Penutupan Jualan
ii.
Tambahan Pendapatan
iii.
Sasaran dipenuhi
iv.
Kepuasan diri sendiri
v.
Bantu orang yang memerlukannya
Kejayaan bagi Pembeli
i.
Kepuasan menerima tawaran
ii.
Segala manfaat diperolehi
iii.
Selesaikan masalah yang dihadapi
iv.
Penuhi keperluan hidup
v.
Ada orang yang sudi membantu
Perlu di ingati sentiasa, sebenarnya tiada
yang menang dan tiada yang kalah dalam situasi penjualan antara dua pihak yang
menawarkan produk dan yang menerima produk. Kalau kita berjaya dapatkan penutupan
jualan, ini bermakna kita dan pelanggan kita sama-sama menang dan berpuas hati.
Tetapi jika kita gagal melakukan
penutupan jualan ini bermakna kita dan prospek kita masing-masing akan
menanggung kerugian yang mungkin tidak sepatutnya berlaku. Ingatlah jikalau kita
gagal ini bermakna prospek kita sebenarnya tidak menang apa-apa pun juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan