Tetapi bagaimana pula untuk kita, apabila kita
mahu dan merasakan pula apa faedah dan keuntungannya apabila kita secara
praktikalnya kita berterusan masih mahu melakukan ceramah dan taklimat serta menyampaikan
kepada orang ramai? Setiap kebaikan yang baik pasti baik pembalasannya juga
dari Allah yang bakal kita perolehi selagi apa yang kita lakukan itu adalah
berniat betul, memberikan penerangan dan membantu seramai yang boleh. Mungkin
yang ini adalah kelebihan-kelebihannya apa yang
di perkatakan iaitu
i.
Pertingkatkan lagi karier
kita
ii.
Setiap kredit atau hajat
yang di ingini mudah diperolehi
iii.
Orang akan lebih
menghargai kita akan apa yang telah kita sampaikan
iv.
Semakin banyak ilmu yang kita sampaikan semakin
banyak Allah berikan ganjaran kepada kita.
v.
Menghiburkan pendengar-pendengar kita
vi.
Para hadirin akan lebih mudah dan senang mengenali dan tertawan dengan kita
vii.
Kita semakin baik dan pertingkatkan
mutu untuk bercakap lancar, jelas, fasih dan yakin
viii.
Kita menjadi sumber
perujuk kepada orang yang mendengar ceramah kita
Itulah keistimewaannya
jika kita dapat lakukan taklmat-taklimat jika kita kerap dan selalu
adakan. Bukan setakat organisasi sahaja yang untung di atas nama organisasi
tersebut dan produk-produk yang di tawarkan tetapi juga sebenarnya kita juga
sedang membina dan perkenalkan diri kita sebagai satu kredibiliti dan jenama di
atas nama kita untuk orang ramai kenal dan tahu diri kita di dalam pasaran.
Tiada apa yang harus di malukan tetapi kita sendiri yang perlu mengikis dan
membuang sifat malu dan takut dalam diri kita sendiri. Ayuh bina jenama diri kita
di samping terus memberikan tawaran produk-produk yang ingin di kemukakan di
samping tidak putus-putus perkenalkan organisasi yang kita wakili untuk perhatian dan pengetahuan orang ramai di
luar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan