Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Barang siapa menghilangkan kesusahan seorang Muslim di
dunia maka Allah akan menghilangkan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa
menutupi aib seseorang Muslim di dunia maka Allah akan menutupi aibnya di dunia
dan di akhirat. Barang siapa memudahkan
seorang Muslim maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Allah akan
menolong seorang hamba selamanya hamba tersebut menolong saudaranya”
( Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Nyata dari hadis Rasulullah SAW sikap
untuk membantu dan tolong menolong amat di
tuntut dalam Islam. Kita menjual
sebenarnya kita telah membantu seseorang bagi memenuhi keperluan yang di
kehendakinya. Ramai pelanggan biasanya menerima tawaran produk yang
di tawarkan kebiasaannya tidak tahu tentang produk tersebut tetapi penerimaannya
adalah atas kepercayaan dan ketelusan kita kepada mereka semasa penawaran
produk di lakukan.
Begitulah pentingnya jika kita dapat
menjalinkan hubungan yang baik kepada mereka. Hanya kerana perhubungan jualan lebih mudah dapat di lakukan. Hanya kerana
perhubungan kepercayaan dapat di jalinkan. Mungkin perkara-perkara
sebegini mampu kita lakukan iaitu
i.
Ambil berat menunjukkan keprihatinan terhadap prospek/pelanggan kita.
ii.
Penuhi janji kita jangan mungkiri
iii.
Fokus sepenuhnya kepada prospek/pelanggan yang ditemui
iv.
Bina kepercayaan tanpa berbelah bagi
v.
Simpan pelanggan selama-lamany, kesetiaan pelanggan amat diperlukan
Kita tolong
dan bantu orang, Allah akan tolong kita semula, kita permudahkan
kesukaran seseorang, Allah akan permudahkan kita juga. Bukan setakat di dunia sahaja tetapi di akhirat juga
ganjaran kita turut di terima dan di ambil kira. Mudah bukan. Nawaitu kena betul untuk sentiasa
membantu orang ramai hanya semata-mata mempermudahkan urusan orang lain dan
memenuhi segala keperluan dan kemahuan prospek/pelanggan tersebut. Jangan kira
nak untung sahaja tetapi semakin banyak kita
membantu dan menolong orang ramai semakin banyak pula pendapatan yang boleh kita
hasilkan secara automatik atau datang dengan sendirinya. Semuanya
bermula dengan cara, kaedah dan penampilan dari diri kita sendiri untuk
melaksanakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan