Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 9 Februari 2012

TIADA KEGAGALAN DALAM MELAKUKAN FOLLOW UP


Antara tindakan yang perlu di lakukan semasa melakukan jualan adalah hanya dengan  meningkatkan lagi jualan secara stabil dan konsisten melalui cara ‘Follow-up’. Melalui ‘Follow up’ sahaja setelah melalui pertemuan pertama dan mungkin juga kedua kali maka tindakan seterusnya masih di perlukan lagi jika penutupan jualan masih gagal di perolehi daripadanya. Gunakan kebijaksanaan kita agar setiap ‘Follow up’ yang kita lakukan sentiasa menghasilkan keputusan seperti mana yang kita ingini.

Antara tindakan-tindakan yang di perlukan untuk melakukan ‘Follow up’ supaya menghasilkan keputusan yang betul dan di ingini adalah  dengan cara

i.                     Berhubung dengan sasaran prospek yang betul

Sebelum menelefon atau menghubungi prospek pilihlah leads-leads yang berkaitan yang betul-betul di rasakan agak sesuai untuk menerima produk yang akan di tawarkan nanti melalui proses presentasi semasa temu janji yang akan di tetapkan nanti.

ii.                  Aturkan untuk melakukan ‘follow up’

Lakukan perancangan dan pengolahan yang terbaik supaya pertemuan nanti dengan prospek/pelanggan tersebut tidak terlepas begitu sahaja dengan mudahnya.

iii.                Bina perancangan yang baik dan berkualiti

Tarik minat prospek/pelanggan semasa penawaran produk berlaku dengan menunjukkan segala kelebihan yang ada dapat membantu mereka di masa akan datang nanti.

iv.                 Gunakan pelbagai kaedah dan cara

Kaedah penggunaan e-mel, SMS, surat jemputan, pengiklanan akan memberikan satu kesedaran umum tentang kewujudan dan kelebihan produk kita di mata dan pemikiran prospek/pengguna..

v.                   Jadikan diri kita sebagai sumber rujukan buat prospek kita

Tunjukkan kita sedia berkhidmat kepada prospek/pelanggan bila-bila masa sahaja di perlukan sebagai seorang konsultan dan juru runding penasihat yang boleh memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada prospek/pelanggan pada mana-mana bahagian yang di rasakan amat memerlukan bantuan dari kita. 

Bekerja keras sedikit berusaha untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada prospek/pelanggan akan membuahkan hasil sepertimana yang di kehendaki. Bertenang dalam melakukan pekerjaan dan bersabar sentiasa sebagai satu tanda usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa. Fikirkan ganjaran pada kita yang akan dapati nanti di kemudian hari sebagai kesungguhan diri kita sendiri melakukan jualan. Sentiasa ‘Follow up’ tugasan kita dengan prospek/pelanggan demi memastikan penutupan jualan dapat di lakukan sebanyak yang mungkin setiap hari. Kita usaha dan yakinlah bahawa dari usaha kita sahajalah akan menemui kejayaan seperti mana yang di kehendaki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan