Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 14 Februari 2012

MENJAGA FOKUS


Fokus memerlukan latihan demi latihan supaya tumpuan kita sentiasa stabil dalam melakukan apa juga pekerjaan yang kita lakukan. Latihan paling baik adalah seperti melakukan solat di mana kita di tuntut untuk khusyuk ketika bersembahyang. Kita hilang kekhusyukan dalam solat bermakna kita telah hilang hubungan komunikasi kita dengan Allah SWT. Begitulah umpamanya dalam melakukan tugasan kita kerana tumpuan yang baik dan jitu akan memberikan satu pulangan yang lumayan dalam diri kita sendiri. Antara latihan yang amat di perlukan agar fokus kita sentiasa terbina dalam diri kita adalah

i.                    Ingatkan ia
Kita perlu tahu apa yang kita mahukan dalam diri kita untuk kita capai apa yang kita inginkan. Apabila kita telah faham dan tahu apa yang kita kehendaki, semakin kita mudah dan senang kita terus fokus apa yang kita lakukan

·         Gambarkan
Sebaik-baiknya gambarkan apa yang kita kehendaki. Paling baik dapatkan sekeping gambar dan lekapkan didinding di tempat kita senang dan selalu melihat gambar tersebut supaya tatapan kita sentiasa tersebut akan dapat tersemat di bawah pemikiran sedar kita. Apabila kita terlupa atau alpa sudah tentu pemikiran bawah sedar kita akan mengingatkan semula kepada kita secara automatiknya kepada kita.

·         Bekerjasama dengan orang lain
Bekerjasama dengan orang lain terutama dengan rakan sekerja kita supaya sekurang-kurang masih ada orang akan sudi menegur kita dan perbetulkan semula fokus kita. Jangan menyendiri dan sentiasa suka berkawan dengan orang yang sentiasa positif pemikirannya.

·         Tuliskan
Tuliskan segala apa yang kita perlukan sepertimana senarai ‘check list’ untuk diri kita sendiri. Setiap masa atau setiap hari bacalah ia sentiasa dengan jelas dan di fahami. Lagi kuat kita membaca senarai tersebut lagi cepat kita fahami fokus kita tersebut.

ii.                  Tajamkan dia
Praktikannya setiap hari tentang fokus kita tidak mudah lupa sama sekali. Lakukan perkara-perkara di atas dengan menggambarkan ia dengan baik setiap masa. Belajar untuk tetapkan pendirian kita supaya fokus kita tidak sama sekali lari ke mana-mana. Kita akan sentiasa faham dan mengerti bahawa tanpa fokus yang baik dan betul, segala apa yang kita lakukan sudah pasti kita sukar untuk menghasilkan kejayaan seperti mana yang kita idamkan.

iii.                Miliki mental yang kuat
Kita inginkan sesuatu, jangan sama sekali kita tanguh-tangguhkan ia. Selagi kita bertangguh, selagi itu kita masih gagal untuk melakukannya. Kerana itu dalam Islam meminta kita jangan sama sekali apabila masuk waktu untuk kita bersolat, bersegeralah kita melakukan solat lima waktu dengan segera kerana semakin ada bertangguh semakin kita merasa malas untuk melakukannya dan semakin kurangnya ganjaran akan Allah kurniakan kepada kita sendiri.

Berilah tumpuan yang betul dan bersungguh secara fokus yang betul agar jualan yang kita lakukan dapat di hayati dengan baik dan berkesan tanpa merasa sukar dan susah hati takut tidak dapat melakukannya. Beringat sentiasa untuk menjaga periuk nasi kita hanya dengan melakukan jualan seperti mana yang di kehendaki. Fokus kepada pekerjaan kita, fokus bila berhadapan dengan prospek/pelanggan, fokus kepada presentasi kita dan fokus untuk memahami segala tindakan kita supaya setiap masa penutupan jualan dapat di lakukan dengan baik dan berkesan tanpa perlu mengeluh dan kecewa di atas kegagalan tugasan kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan