Mendapatkan penutupan jualan secara mendesak dan menekan prospek/pelanggan bukanlah satu cara
yang paling baik dan bagus untuk kita lakukan. Mungkin kita berjaya
mendapatkan penutupan jualan kita demi menepati sasaran yang telah di bekalkan
kepada kita tetapi pada prospek/pelanggan yang kita temui tersebut pasti di
dalam hatinya akan merasa dirinya seperti telah
di permainkan oleh kita ke atasnya seolah-olah tiadanya wujud ke
tidak jujuran kita melakukan jualan terhadapnya.
Selepas sahaja kita melakukan presentasi
dan persembahan menerangkan produk kita kepada prospek/pelanggan kita, di akhir
persembahan kita janganlah pula dan perlu di
elakkan untuk terus menanyakan soalan jadi atau tidak untuk
prospek/pelanggan tersebut menerima tawaran kita. Jangan terus berikan persoalan yang begitu ‘straight forward’
kepada mereka tapi fikirkan soalan-soalan yang begitu kreatif yang boleh
membawa kepada mereka memberi jawapan balas kepada kita untuk mengatakan
persetujuan mereka bagi menerima tawaran produk kita.
Mungkin contoh
soalan-soalan di bawah ini dapat membantu kita mendapatkan penutupan
jualan seperti mana yang di kehendaki di akhir masa presentasi kita seperti
i.
Adakah apa yang saya sampaikan sebentar tadi di fahami?
ii.
Masih ada apa-apa yang kekurangan yang perlu saya beri
penjelasan lebih lanjut lagi?
iii.
Adakah ini memenuhi keperluan dan pencarian Encik selama
ini?
iv.
Terima kasih atas luangan masa Encik, ada apa lagi yang
perlu saya bantu?
v.
Boleh saya dapatkan Kad Pengenalan Encik bagi tujuan
pengisian borang?
Banyakkan mencipta
soalan-soalan yang kreatif yang memberikan jawapan kepada ‘YA’ kepada kita bagi memudahkan lagi
penutupan jualan dapat di lakukan. Lagi cepat dan pendek masa kita berurusan
dengan prospek/pelanggan kita, lebih baik untuk diri kita sendiri. Kreativiti sememangnya amat di perlukan dalam
melakukan jualan. Ingat sentiasa yang kita sebenarnya tidak menjual produk yang di tawarkan tetapi menjual
kelebihan produk kita kepada prospek/pelanggan yang berada di
hadapan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan