Rasulullah SAW berdoa bermaksud : “ Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku
keluasan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang
Kau kurniakan kepadaku” Riwayat al Tirmizi dan dianggap sebagai
sahih oleh al-Nawawi.
Menurut penulis artikel ’Keberkatan
dalam rezeki dan faktor-faktor murah rezeki dalam Al-Quran dan al-Sunnah’
di samping doa, ada sembilan perkara yang boleh menyebabkan terbukanya pintu
rezeki buat seseorang Muslim
i.
Bertakwa kepada
Allah
ii.
Bertawakkal
kepada Allah
iii.
Membaca ‘Bismillah’ dalam setiap urusan
iv.
Bersyukur
kepada Allah
v.
Memperbanyakkan istighfar dan taubat
vi.
Berusaha mencari rezeki
menerusi cara yang sepatutnya
vii.
Bersikap mulia
dalam mencari rezeki
viii.
Jauhi pembaziran
ix.
Mengikut
sunnah Nabi Muhammad SAW
Mengamalkan zikir
dan doa merupakan jalan memperolehi rezeki dan keberkatan. Zikir dan doa
juga dapat menolak musibah dan bala. Orang yang beramal secara istiqamah dengan
zikir dan doa, mendekatkan
dirinya dengan Allah SWT, dan menjauhkannya dari syaitan. Rasulullah
SAW qudwah umat yang terbaik, adalah seorang insan pilihan yang sentiasa
berzikir kepada Allah SWT pada setiap masa, berdoa untuk kebaikan dunia dan
akhirat untuk dirinya dan sekalian umat baginda.
** Sumber : Buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih
karangan Ustaz Zahazan Mohamed ms 159 -160.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan