Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 14 Januari 2012

JANGAN MAIN ANGGAP SAHAJA SEMASA PERUNDINGAN


Satu kelemahan yang paling ketara dalam kegagalan mendapatkan penutupan jualan adalah hanya kerana kita suka sangat menganggap apa yang kita lakukan adalah betul dan pasti prospek/pelanggan pasti mahu menerima tawaran yang di kemukakan sesedap rasa sesuka hati kita. Adakah ini yang kita lakukan sentiasa. Bagi mengelakkan perkara-perkara anggapan ini berlaku dan terjadi, sebaik-baiknya sila pastikan perkara-perkara seperti berikut di lakukan terlebih dahulu

i.                    Dengar dengan teliti tanpa perlu meneka

ii.                  Tanyakan soalan yang bersesuaian

iii.                Semak semula dan ulangi apa yang diperlukannya

iv.                 Pastikan tiada penangguhan apabila persetujuan terjalin


Apabila kita telah melakukan perkara yang sebegini pasti telah memberikan keyakinan kepada kita yang kita telah berjaya melalui proses penutupan jualan. Mendapatkan pengesahan dari prospek/pelanggan dengan cara yang betul bukan sahaja akan menggembirakan prospek/pelanggan tersebut tetapi juga buat diri kita. Tanggapan yang salah dan silap akan mengakibatkan kita syok sendiri yang akan membawa kita tidak kemana-mana. Hanya membuang masa dan tenaga sahaja jika kita masih lagi beranggapan dan mengagak yang prospek/pelanggan akan menerima tawaran kita. Latih diri kita supaya kita masih lagi boleh untuk mendapatkan kepastian dari prospek/pelanggan dan membuang jauh sifat negatif kita untuk melakukan anggapan sahaja. Perubahan yang positif pasti akan membuahkan keputusan akhir yang positif juga kepada kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan