Hidup tanpa ilmu bagaikan
berjalan di tengah malam yang gelap gelita tanpa se cerah cahaya. Tanpa
ilmu, manusia tidak akan mampu menegakkan aturan dan syariat Allah dengan
sukses, karena ilmu merupakan salah satu pintu untuk meraih hidayah Allah SWT. Tanpa ilmu sedikit sekali yang dapat
diperbuat manusia dalam hidupnya. Begitulah dalam jualan betapa hebatnya seseorang itu melakukan penutupan jualan, betapa hebatnya seseorang itu memperkatakan tentang jualan atau betapa hebatnya seseorang itu mengatakan dan mempersembahkan presentasi yang di kagumi tetapi jika tiada penambahan ilmu yang baik dan mahu diperbaiki sentiasa agak sukar dan mudah untuk kita per kembangkan diri per tingkatkan skil yang ada.
diperbuat manusia dalam hidupnya. Begitulah dalam jualan betapa hebatnya seseorang itu melakukan penutupan jualan, betapa hebatnya seseorang itu memperkatakan tentang jualan atau betapa hebatnya seseorang itu mengatakan dan mempersembahkan presentasi yang di kagumi tetapi jika tiada penambahan ilmu yang baik dan mahu diperbaiki sentiasa agak sukar dan mudah untuk kita per kembangkan diri per tingkatkan skil yang ada.
Lihatlah seperti perigi, hanya terletak di
satu tempat sahaja menunggu kehadiran orang ramai yang ingin menggunakan air
kepadanya. Mengharapkan ilmu datang kepada kita agar sukar untuk mendapatkannya
melainkan ilmu tersebut perlu dicari dan dipelajari dengan bersungguh dan
berkehendak dari hati yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
Dalil :
`Firman Allah bermaksud “Allah akan meninggikan (mengangkat) orang-orang yang
beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa
derajat” (QS 58 : 11)
Sabda Rasulullah SAW ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim lelaki dan
Muslim perempuan” (HR Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah SAW "Barang siapa
menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan
menuju syurga" (HR Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW “Pergi
mengajarkan satu bab ilmu lebih baik daripada salat seribu rakaat”
(HR Ibnu Majah tentang keutamaan mengajarkan ilmu)
Anas ra berkata: Rasulullah SAW berdoa, "Ya Allah, manfaatkan lah untuk diriku apa
yang telah Engkau ajarkan kepada ku, ajari lah aku dengan apa yang bermanfaat
bagi ku, dan limpahkan lah rezeki ilmu yang bermanfaat bagi ku"
(HR Nasai dan Hakim)
Rasulullah SAW bersabda “Seorang alim (berpengetahuan) yang tidak beramal
(mengamalkan ilmunya) seperti lampu yang membakar dirinya sendiri”
(HR Ad-Dailami)
Rasulullah SAW bersabda “Satu orang berilmu lebih ditakuti syaitan daripada seribu
‘abid (ahli ibadah)” (HR Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa ditanya tentang suatu ilmu lalu
dirahsiakannya maka dia akan datang pada hari kiamat dengan kendali di mulutnya
dari api neraka” (HR. Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda “Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat ialah
seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya” (HR Al-Baihaqi)
Jangan sama sekali merasa takabbur dan bangga diri. Perbaiki sentiasa ilmu yang ada. Jangan mudah merasa malu pula kerana kekurangan ilmu. Berkongsilah kita semua agar ilmu yang didapati sama-sama kita menikmatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan