Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 Januari 2012

PERLUNYA SENYUMAN - DALIL


Diriwayatkan oleh Jabir ra, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Hadis dari Abu Dzar r.a. bahawa Rasulullah SAW yang bermaksud, Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya.” Bertanya para sahabat, “Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulullah?” Sabda Nabi, “Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan nahi (mencegah) mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya. Semua itu sedekah bagi diri kamu. Malah dalam riwayat yang lain menambah, Senyum kita terhadap saudara kita adalah sedekah.” (Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi)

Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “Rasulullah SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya (diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahih nya)

Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata ..Rasulullah SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

Daripada Abdullah bin Juz’, dia berkata .. “Rasulullah SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riwayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan