Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 12 Januari 2012

KEINGINAN KUNCI KEJAYAAN


Kejayaan dalam melakukan jualan adalah apabila kita sendiri mempunyai keinginan untuk berjaya. Keinginan yang kita mahukan akan mendorong diri kita untuk mencapai apa yang kita cita-cita kan dan idam-idamkan.  Seseorang yang mahukan sesuatu hanya untuk dirinya sendiri adalah bagi memenuhi hajat yang di idamkan, tetapi seseorang yang mempunyai keperluan akan cuba sedaya upaya memenuhi keinginan yang di hajatinya tanpa memikirkan apa juga cabaran, rintangan dan halangan yang di tempuhinya. Umpama sebuah kereta yang kita gunakan, selagi tiada petrol yang di isi bagaimana kita boleh mendapatkan kereta tersebut bergerak dengan baik dan lancarnya menuju destinasi yang di ingini.

Begitulah orang yang melakukan jualan, selagi dia tidak ada keinginan untuk berjaya selagi itulah tiadanya datang kesungguhan diri beliau mencapai apa yang di ingini. Lihatlah kepada orang yang dalam kehausan, bukan kerana minuman air tersebut menghilangkan dahaganya tetapi kerana keinginan beliau mahukan air tersebut.  Selagi kita tiada keinginan selagi itulah kejayaan yang kita nanti-nantikan pasti tidak akan muncul juga.

Orang yang berjaya mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakar kejayaan. Kejayaan di sini bukan bermakna seperti mendapatkan sebuah tropi atau piala untuk di simpan di dalam almari di rumah. Tetapi ianya memang ada bersangkut paut dengan kejayaan kehidupannya kerana dengan keinginan yang kuat dan kukuh sahaja maka seseorang itu akan memperolehi

i.                    Peluang menambahkan pendapatan se maksima yang boleh

ii.                  Mengubah cara hidup

iii.                Sentiasa membantu prospek/pelanggan

iv.                 Memenuhi tuntutan ugama

Lihatlah bagaimana orang-orang yang berjaya menghadapi kehidupan mereka yang ramai di antaranya bermula dengan kesusahan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan. Sekali mereka berada di ambang kejayaan selagi itulah mereka akan terus berusaha untuk pertahankan kedudukan mereka tanpa menoleh belakang lagi. Tanpa keinginan yang tinggi memang sukar dan payah sekali untuk kita menterjemahkan ia mencapai kejayaan sepertimana yang di ingini. Ingatlah, tanpa keinginan pasti kegagalan yang kita perolehi selama-lamanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan