Janganlah menganggap
muhasabah diri kita sendiri sebagai satu bebanan
ataupun menyukarkan lagi hidup kita kerana Islam amat menggalakkan
kita melakukan muhasabah diri sekerap yang boleh. Lakukan lah tindakan-tindakan
berikut bagi memudahkan dan menyenangkan lagi muhasabah dapat di lakukan iaitu
i.
Kenal pasti bila dan di mana
tempatnya yang paling
sesuai untuk kita lakukan
ii.
Ambil lah tempoh walaupun
singkat untuk kita menyendiri bagi melakukan bermuhasabah
terutamanya jika kita di timpa sebarang masalah ataupun konflik
iii.
Pastikan tindakan
segera dapat di lakukan jika ilham ataupun idea yang kita dapat di
kira cukup baik untuk kita bertindak dan melakukannya
Sentiasa ingat
muhasabah diri bukan menyuruh kita untuk
berkhayal dan memikirkan sesuatu yang negatif sahaja, tetapi
sebenarnya mencari ilham dan jalan penyelesaian bagi memudahkan segala tugasan
kita dalam melakukan jualan setiap hari supaya lebih mudah, senang dan yakin
atas apa yang kita lakukan walaupun di mana juga kita berada dan di hadapan
siapa pun kita bertemu.
Allah telah berfirman di ayat
Ali-Imran 3:182 : “Yang
demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawasanya
Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya” dan
Firman Allah dalam surah Al-Najm
53:39 bermaksud : “Dan bahawasanya seorang
manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakannya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan