Tidak di nafikan melakukan tugasan jualan bukanlah sesuatu yang mudah dan senang untuk
di lakukan dan di praktik oleh mereka yang menceburi bidang ini. Terdapat
banyak perkara yang boleh menyebabkan kesukaran, kepayahan dan kesusahan akan
berlaku dan terjadi apabila berhadapan
dengan pelbagai rintangan, dugaan dan permasalahan yang perlu di tempuh sama
ada suka ataupun tidak. Mungkin perkara-perkara negatif ini perlu di ambil kira
iaitu
I.
Menghadapi kesukaran
II.
Merasai kekecewaan
III.
Melaksanakan penangguhan
Bendung dan atasilah segera tanpa perlu
menoleh ke belakang lagi dan membiarkan ianya terjadi begitu senang dan mudah
sekali terhadap kita. Jalan- jalan penyelesaiannya segera adalah dengan cara
I.
Motivasikan diri kita
II.
Hadapi kenyataan untuk terima
hakikat sebenarnya
III.
Tambah skil kita dalam pencarian
prospek, presentasi dan penutupan jualan
IV.
Buka peluang dan oportuniti seluas
yang boleh
V.
Bina kehidupan yang baik dan menarik
sebagai peransang dan pendorong
VI.
Sentiasa lakukan yang terbaik demi
kejayaan
Adanya unsur-unsur sebegini kita sama
sekali tidak
akan goyang dan mudah luntur walaupun tsunami melanda diri kita.
Tetap berdiri teguh dan tenang dalam menghadapi apa juga rintangan dan dugaan
yang mendatang. Tiada mencari alasan tetapi
sentiasa perbetulkan nawaitu dan cara tindakan yang sepatutnya tanpa
adanya rasa penyesalan dan kekecewaan. Yang pasti kita sentiasa dapat
melakukannya dengan memberikan keputusan yang
terbaik bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi juga kepada organisasi
tempat kita bernaung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan