Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 24 Januari 2012

PERANCANGAN PERLU DI OLAH


Perancangan yang baik dan di susun secara baik dan bersesuaian dengan diri dan kehendak kita sendiri dari sudut aktiviti dan sumber yang ada di sekeliling pasti akan dapat meningkatkan lagi tenaga dalaman kita untuk melakukan jualan dengan terbaik hasil dari ketenangan dan keyakinan di dalam mental, emosi, fizikal dan kerohanian kita terhadap Allah SWT.


Antara tindakan-tindakan yang perlu di lakukan adalah dengan :

i.                    Setiap detik dan minit
Memikirkan sentiasa perancangan di hadapan supaya tidak putus dengan apa tindakan yang perlu di lakukan. Selagi ada perancangan selagi itu tindakan kita lebih tersusun dan rapi.  Tidak perlu habis sesuatu tugasan terpaksa termenung seketika memikirkan apa tindakan selanjutnya yang perlu di lakukan.

ii.                  Antara 10 -12 minit perancangan yang di lakukan
Hadkan dan cuba fikirkan dan selami bagi tempoh selama 10-12 minit apa perancangan kita yang boleh menjimatkan tindakan kita apabila perancangan yang baik dapat di sediakan untuk kita setiap hari.  Semakin perancangan di sediakan dengan lebih baik lagi semakin lebih tersusun gerak kerja kita sendiri. Semakin baik gerak kerja kita semakin mudah kita akan memperolehi pendapatan seperti mana yang di jangkakan.

iii.                Gunakan planner
Samada dalam diari ataupun dalam telefon bimbit kita sudah memadai kita set kan kesemua perancangan kita dan temu janji kita dalam telefon kita sebagai satu ‘alert’ untuk diri kita sendiri. Masukkan segala data-data yang kita mahukan dan perlukan, serta biarkan sahaja telefon kita sendiri memberi peringatan semula kepada kita. Gunakan kemudahan yang ada dan mudah yang sentiasa kita bawa ke mana sahaja kita berada.

iv.                 Sediakan senarai
Jangan sama sekali harapkan pada ingatan kita sahaja kerana sudah fitrah manusia kita ini selalunya akan menjadi lupa.  Apa sahaja yang kita ingat dan mahukan, ilham tiba-tiba sahaja menjelma tindakan pantas dan segera perlu di ambil iaitu dengan cara mencatat segala yang kita perolehi di atas buku nota kita atau pada sekeping kertas. Terima dahulu apa yang ada dan kemudian susunkanlah ia menurut kepentingan kepada pergerakan diri kita.

v.                   Rangka pelan secara mendalam dan mudah di fahami
Sebaik-baiknya lakukan secara perincian supaya tindakan yang bakal kita lalui dan ambil cukup mudah untuk kita lakukan. Jangan ambil terlalu senang dan mudah tetapi perancangan yang di buat mesti selari dengan matlamat asal kita. Jualan bukanlah satu agenda karier yang hentam kromo sahaja tetapi ianya amat memerlukan tindak tanduk yang betul supaya setiap apa yang kita lakukan penutupan jualan memainkan peranan yang cukup penting.

vi.                 Konsisten melakukannya
Jangan sama sekali bila dah berjaya buat pertama kalinya habis hilang segala-galanya bagi tempoh yang mendatang pula dan merasakan tidak perlu pula melakukan perancangan lagi. Lakukan secara konsisten setiap masa agar tindakan kita selari dengan perancangan kita sendiri dan yang pastinya tidak terikut-ikut dengan cara dan gaya orang lain pula.

Hendakkan kejayaan dalam perancangan kita memerlukan disiplin yang tinggi dari kita sendiri. Tanpa disiplin dalam diri kita segala perancangan yang di lakukan hanya sia-sia dan membuang waktu kita sendiri. Perancangan adalah satu tindakan yang perlu di lakukan demi memastikan setiap langkah kita berjaya menemui penutupan jualan dan kejayaan dalam karier kita sendiri. Lakukan perancangan mengikut kesesuaian pada diri kita, keadaan sekeliling dan kehendak pasaran supaya kita lebih merasa mudah, senang dan yakin untuk melakukan jualan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan