Setiap
perbalahan yang berlaku mungkin satu ujian untuk kita. Allah ingin mengujinya samada kita bersabar atau
tidak, boleh terima dengan baik atau tidak. Tindakan yang betul dan benar di
susuli dengan tindakan tenang, bijak dan berwaspada amatlah di tuntut. Ada
hikmahnya dan jangan sama sekali kita menafikannya. Hati dan perasaan manusia manalah
kita mengetahuinya, tetapi harus sentiasa beringat dan berwaspada akan segala tindakan
prospek/pelanggan yang mungkin sengaja, secara kebetulan ataupun dalam perasaan
marah terus berbalah pula dengan kita.
Mesti ada caranya untuk kita memenangi perbalahan tersebut. Perlu di ingat, kalau kita
menang sekalipun kita bukan boleh dapat piala kejuaraan tanda kita menang. Apa
yang penting kita tahu dan bijak bagaimana untuk menghadapi situasi yang berlaku. Moral dan maruah kita perlu
di jaga, karier dan nama organisasi yang di wakili perlu di awasi dengan sebaik
mungkin. Mungkin tindakan-tindakan ini boleh kita amalkan untuk memenangi
semula hati dan perasaan prospek/pelanggan yang telah berbalah dengan kita
sendiri iaitu
i.
Berfikir dan
fahami apa permasalahannya
ii.
Bertindak
secara berhemah dan tenang
iii.
Gunakan
kesempatan ke atas perkara-perkara yang tidak logik dan tidak benar
iv.
Terima dahulu
pendapatnya
Kejujuran amat di perlukan. Tidak perlu risau atau mengalah sentiasa kerana bukan
semua perkara atau isu prospek/pelanggan ketahui sepertimana Profesor Serba Tahu.
Hanya kerana ingin memenuhi kehendak dan kemahuan prospek/pelanggan kita
telah mengabaikan segala prosedur, arahan dan tatacara etika kita bertugas
semata-mata bagi mendapatkan penutupan jualan. Elakkan perkara ini berlaku dan terjadi kerana
masih ramai lagi prospek/pelanggan yang perlu kita cari lagi di luar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan