Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat datang 2012


Sempena kedatangan tahun 2012, sudah kah kita berazam sempena kedatangan tahun 2012? Mungkin ada baiknya jika kita terus melakukan amalan meniatkan keazaman kita untuk melakukan yang lebih terbaik dari tahun-tahun yang telah pun kita tinggalkan selama ini. Kita hidup bukanlah untuk berada di dalam alam fantasi yang penuh dengan kecantikan dan keindahan sahaja tetapi kehidupan kita ini mungkin ada pada ketikanya sahaja perlu diteruskan dalam mencari satu kepastian bagi mendapatkan satu kejayaan yang terunggul bukan sahaja setakat di dunia tetapi juga di akhirat

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emas nya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam subahat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” Hadis riwayat Thobrani

Itulah harapan sebenar kita semua agar kita segera pulih dari kecederaan dan kealpaan dengan segera. Perubahan perlu ada dan dilakukan segera demi mencapai kejayaan supaya kita tidak sama sekali tergelincir dan melakukan perkara yang sama seperti mana seperti tahun lepas. Mungkin tindakan-tindakan ini boleh kita lakukan untuk 2012  bagi memastikan jualan kita semakin baik dan terbaik iaitu

i.                    Sentiasa ingat kepentingan periuk nasi kita sendiri

ii.                  Jangan mudah bangga diri, tinggi diri, ego dan berlagak

iii.                TLBI (Tulis – Lekat – Baca – Ingat) sasaran,matlamat, keazaman dan apa yang kita inginkan

iv.                 Tambah pendapatan se maksimum  

v.                   Berazam melakukan yang terbaik

vi.                 Ingat amanah yang diberikan

vii.               Strategi baru yang lebih baik dan berkesan

viii.             Jangan mudah terpengaruh

ix.                 Konsisten dan lebih bersungguh melakukan jualan

Jadi apa yang nak ditunggu lagi, jangan bertangguh, memberi alasan dan menunggu orang lain mencapai kejayaan dahulu. Kita kena tentukan segera, bersaing dengan sihat dan bekerja secara berpasukan. Lakukan segera dan bina semangat dan motivasi yang kuat untuk menghadapi segala dugaan, cabaran, rintangan dan masalah yang timbul dengan sebaik yang mungkin, sabar dan tenang sentiasa. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak? Firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya, selepas melalui kesusahan pastinya ada kemudahan.  Maka sesungguhnya selepas kesusahan pastinya ada kesenangan” Surah Al-Insyirah 5-6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan