Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 17 Januari 2012

Muhasabah dalam jualan - Part 2


Seharian kita melakukan jualan, pelbagai ragam dan karenah prospek/pelanggan telah kita temui, kehendak pengurusan yang memerlukan respond segera dari kita di samping memenuhi segala kehendak dan permintaan dari sesiapa juga yang kita ketemui pasti menambahkan lagi gaya dan skil kerja kita bagi mencapai apa yang telah di tetapkan baik dari diri kita sendiri mahupun dari kehendak organisasi tempat kita bernaung. Di sinilah kita memerlukan untuk menyendiri seketika bagi melakukan muhasabah diri serta mengkaji adakah dan apakah tindakan kita dalam hari ini lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.

Apabila melakukan muhasabah diri secara rutin sentiasa setiap hari pasti kita akan

i.                     Perbaiki diri kita sendiri secara lebih elok dan sempurna supaya kita akan lebih menjadi seorang yang lebih berwibawa dan bersedia sentiasa melakukan apa juga bentuk halangan, dugaan dan rintangan yang bakal kita hadapi.

ii.                   Memiliki banyak idea-idea atau ilham yang boleh kita ketengahkan dan per gunakan demi kebaikan dan kecenderungan kita melakukannya. Semakin banyak idea-idea kita semakin banyak pilihan untuk kita per gunakan demi kebaikan untuk diri kita sendiri

iii.                  Menjadi orang yang akan bertambah yakin atas keupayaan dan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri demi kemajuan dan kehebatan kita. Bila kita yakin, pasti kita boleh melakukannya dan melalui segala macam dugaan dan masalah dengan tenang dan berwaspada sentiasa.

iv.                 Semangat kerja kita akan menjadi lebih hebat dan mula mencintai karier kita secara lebih serius dan bersungguh-sungguh sehingga tiada satu pun yang boleh dan dapat menghalangnya.

Perkara yang baik yang sukar untuk dilakukan tetapi jika dijadikan satu tabiat yang berkekalan dan konsisten pasti boleh dilakukan dengan cara yang terbaik. Yakin pada diri untuk sentiasa bermuhasabah pada diri sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan