Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 15 Januari 2012

KEGAGALAN DALAM PRESENTASI


Berlakunya presentasi jualan ini adalah apabila semasa melakukan temu janji di hadapan prospek/pelanggan di mana kita telah mula menawarkan produk/perkhidmatan kepadanya. Tidak kira apa bentuk sekalipun dalam presentasi jualan konsepnya semua sama iaitu ingin mendapatkan keyakinan prospek/pelanggan kita.  Antara bentuk-bentuk presentasi ini adalah

i.                     Demonstrasi barangan yang di tawarkan
ii.                   Menunjukkan risalah dan nota penerangan
iii.                  Tayangan slide atau VCD/DVD melalui komputer riba
iv.                 Testimoni-testimoni untuk menguatkan hujah kita
v.                   Pengiraan di lakukan di depan mata prospek/pelanggan

Bila tiada presentasi bagaimana untuk mendapatkan penutupan jualan. Namun begitu terdapat beberapa langkah yang perlu di awasi semasa kita melakukan presentasi kita di hadapan prospek/pelanggan supaya tiada sebarang kesilapan atau kesalahan yang boleh berlaku iaitu
               
i.                    Tiada persiapan yang secukupnya

ii.                  Maklumat yang di sampaikan tidak lengkap dan sempurna

iii.                Gagal meletakkan keperluan prospek/pelanggan dalam presentasi tersebut
Sebenarnya  apa yang di perlukan sangat-sangat oleh prospek/pelanggan tersebut ada dua perkara utama yang sepatutnya kita sampaikan iaitu tentang

a)      Apa tawaran utama kita dan
b)      Apa kesan utama / kelebihan produk tersebut kepada mereka

Jika terdapat kelemahan dalam presentasi kita pastikan kita segera lakukan pembetulan jika kita inginkan melihat pencapaian jualan kita meningkat lagi. Perbaiki kelemahan kita supaya kita akan segera berada di lkitasan yang betul untuk kita bertindak dengan lebih baik dan lancar. Kita gagal dalam melakukan presentasi sampai bila-bila kita akan gagal sentiasa untuk mendapatkan penutupan jualan. Belajar dari pengalaman dan dari orang yang telah berjaya melakukannya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan