Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 27 Januari 2012

SENYUMAN - IMPAK DAN KESANNYA


Semenjak zaman Rasulullah SAW lagi, senjata memberi senyuman amat di tuntut oleh Islam dalam apa juga keadaan yang dihadapi. Terdapat banyak impak dan kesan kepada pemberi senyuman kepada orang lain iaitu
i.                     Sekuntum senyuman lebih berharga dari pemberian barangan yang mahal dan mewah
ii.                   Senyuman umpama sebuah bukti cinta yang telus dan tulus dalam percintaan mahupun persahabatan
iii.                 Senyuman tidak melibatkan apa-apa kos yang perlu di buat sebarang bayaran
iv.                 Senyuman juga tidak memerlukan sebarang waktu yang di rasakan perlu ditentukan waktu dan masanya
v.                    Senyuman adalah hak milik semua insan yang hidup di dunia ini tanpa mengira bangsa, darjat, pangkat dan kekuasaan
vi.                 Senyuman akan memberikan tekanan yang baik kepada diri sendiri kepada sistem tahanan badan
vii.                Senyum juga mampu untuk meredakan penyakit-penyakit seperti tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dan mengurangkan tekanan emosi
viii.              Senyuman adalah juga sebagai satu senaman yang baik kepada diafragma, abdomen, muka, kaki, sistem pernafasan dan otot belakang badan
ix.                 Senyuman juga boleh mewujudkan ‘halo effect’ yang akan membolehkan sesama manusia menjalin satu kerjasama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan