Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 22 Januari 2012

KEPENTINGAN MENCARI ILMU DALAM JUALAN


Allah SWT amat memandang tinggi betapa pentingkan ilmu pengetahuan dan hendaklah sentiasa di cari tidak mengira tempat, masa dan ketikanya. Inginkan perubahan kepada kemajuan diri sendiri dan karier perlu ilmu pengetahuan sebagai satu tempat bergantung dan perlu di amalkan. Antara sebab-sebabnya ilmu pengetahuan ini amat di perlukan adalah kerana

i.                     Seseorang yang ingin menjaga karier dalam bidang jualan perlu menyemai dalam dirinya supaya sentiasa mengemas kini dirinya seiring dengan suasana, situasi, keperluan dan kesesuaian dalam memenuhi dan menghadapi persaingan dalam dunia jualan masa kini.

ii.                   Dalam menuntut ilmu sentiasa tanyakan dalam diri kita sendiri adakah kita akan amal dan gunakan hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri bagi membantu orang lain atau hanya untuk membanggakan dan menunjuk-nunjuk diri kita sahaja.

iii.                  Jalan mudah dan pintas untuk per kembangkan diri sendiri sentiasa memperbaharui dan per kemaskan lagi skil dan pengetahuan dalam bidang jualan ini tanpa mengharapkan diri kita seperti di paksa menghadiri kursus atau latihan yang di berikan.

iv.                 Sharing is caring’, berkongsi ilmu bukan untuk di simpan dan digunakan sahaja seorang diri demi mencapai impian dan matlamat kita sahaja. Semakin ramai yang berkongsi ilmu semakin banyak dan besar ganjaran Allah akan berikan kepada kita baik di dunia mahupun di akhirat. 

Jangan ingat apabila kita sudah berkarier bukan bermakna kita sudah tamat dan selesai dalam usaha pencarian ilmu sama ada di dunia mahupun untuk akhirat kelak. Berusaha untuk memajukan diri bersungguh-sungguh semuanya memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak dan jitu. Per kemaskan diri bukan sahaja dari pengalaman yang di tempuh tetapi juga dari ilmu yang di dapati dari mereka-mereka yang telah berjaya, buku-buku penulisan dalam bidang jualan dan pemasaran, artikel-artikel dan sebagainya yang pasti boleh per tingkatkan lagi cara kerja dan skil jualan dengan lebih sempurna dan memperelok kan lagi. Tanpa ilmu, kita di umpamakan seperti seorang soldadu yang sentiasa mengharapkan arahan dan tunjuk ajar dari seorang jeneral sahaja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan