Bukan mudah untuk mengatasi
prospek/pelanggan yang sedang membara marahnya
kepada kita. Kerana karenah dan ragam prospek/pelanggan yang kita
temui ini telah tersembur kata-kata marahnya kepada kita, habis hilang mod kita pada keseluruhan hari kita pada
hari tersebut. Sesuatu perkara yang menimpa kita pasti kita tidak
akan ketahuinya melainkan kita telah menempuhnya terlebih dahulu.
Di sinilah tugasan kita untuk
menganggapnya sebagai satu cabaran paling
mencabar karier jualan kita. Anggap
yang positif dahulu , ada hikmahnya sesuatu itu berlaku dan terjadi
tanpa memikirkan satu bebanan kepada diri kita sendiri. Berani untuk menghadapinya dan anggap sebagai satu
perjuangan yang perlu di teruskan tanpa mengeluh dan susah hati.
Antara tindakan-tindakan
yang perlu di ambil perhatian dan bagaimana untuk kembalikan semula
keyakinan dan kepercayaan prospek/pelanggan adalah
i.
Jangan ambil hati
ii.
Jangan tinggikan suara
iii.
Jadilah seorang pendengar yang baik
iv.
Empati
v.
Mohon kemaafan
vi.
Jangan di salahkan
vii.
Bertanya sentiasa
viii.
Berjanji dengan tepat
ix.
Lebihkan penghargaan
x.
Lakukan pengulangan pertemuan semula
xi.
Berdoa kepada Allah
“Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan
dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dos-dosa sebagaimana
Engkau membersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau
membersihkan baju yang putih daripada kekotoran”
Menurut Imam
al-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa dengan doa di atas untuk
mengawal dirinya daripada sifat panas baran. Tujuan beramal dengan doa ini
ialah supaya mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara di luar jangkaan
akibat kegagalan mengawal emosi marah yang memuncak-muncak dan tidak di duga
serta di luar kawalan.
Imam Al-Ghazali mengatakan sifat marah ini adalah satu sifat yang d kenali dengan
sifat mazmumah. Sifat mazmumah ini biasanya berpunca daripada hati
yang kotor dan tidak baik sehingga sentiasa beranggapan
dan merasakan dirinya dalam keadaan yang sempurna dan orang lain serba kurang. Justeru
itu, dia sentiasa memperlekehkan orang lain yang sentiasa dia temui.
Ambil iktibar dan pengajaran akan apa yang berlaku supaya perkara yang
mendatang tidak berulang lagi. Semakin banyak kesukaran dan kepayahan yang kita
lalui, semakin mematangkan kita lagi untuk melakukan jualan dengan hati yang
terbuka dan tenang sentiasa. Sentiasa mahu berusaha
dan tanpa mengenal erti putus asa, kecewa dan kekalahan. Apa yang
penting kejayaan dalam mendapatkan jualan itu menjadi teras utama dalam karier
sebagai seorang yang melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan