Tiada
sesiapa yang inginkan perbalahan berlaku dan terjadi kerana ianya akan
melibatkan masa, tenaga dan wang kita berlalu begitu sahaja dan sudah tentunya kita
mengalami kerugiannya. Imej kita akan tercalar dan prospek/pelanggan akan mula memandang rendah ke atas kita. Walaupun kita
merasakan kita betul dan benar tetapi pada prospek/pelanggan apa yang di
perkatakan itu semuanya benar dan betul belaka hanya di sebabkan darahnya sedang mendidih,
apa yang orang lain kata semuanya salah dan tidak betul sama sekali.
Apabila
berlakunya perkara-perkara ini, adalah dinasihatkan agar kita berikut melakukan
perkara-perkara
i.
Bertenang, bersabar dan rendahkan
suara kita
ii.
Jangan sama
sekali per lecehkan dan mempersendakan
iii.
Bersedia untuk
mendengar
iv.
Bertimbang
rasa
v.
Jangan biarkan
ianya berlarutan begitu lama
vi.
Mohon kemaafan
vii.
Minta bantuan
Apa
yang penting di sini, kita mesti tahu apa tindakan kita yang perlu di ambil
perhatian dengan serius. Jika ianya memerlukan maklum balas semula dari kita
atau dari pihak organisasi kita pastikan di kemudian hari kita mesti
memaklumkan semula kepada prospek/pelanggan semula. Jangan sama sekali buat tak tahu
sahaja dan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Tindakan susulan kita kena ada bagi
memastikan diri, maruah dan organisasi tetap terbela dan di hormati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan