Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 19 Januari 2012

PENTINGKAN DIRI SENDIRI


Setiap tugasan yang kita lakukan amat memerlukan tentang apa yang bakal kita perolehi dan dapatkan hasil dari usaha titik peluh kita sendiri. Berdikari dan berusaha melakukan sendiri sememangnya menghasilkan satu kepuasan di dalam diri kita sendiri tanpa perlu mengharap dan meminta pertolongan, bantuan dan simpati dari sesiapapun juga di dalam dunia. Ini. Pergantungan hidup dan karier kita kepada orang lain akan menjadikan kita sentiasa mengharap dan hidup atas ihsan dan belas kasihan orang, tetapi jika kerja dan tugasan yang kita lakukan itu adalah atas usaha dan kerajinan kita sendiri pasti tiada siapa yang boleh menyangkal dan menyalahkan diri kita sendiri.

Dalam memastikan usaha kita sentiasa di penuhi dengan apa yang kita idamkan dan kehendaki, beberapa perkara dan tindakan perlu kita ambil kira dan kenal pasti yang segala tindakan dan usaha kita dapat memberikan hasil yang cukup lumayan kepada kita iaitu

i.                    Kita dapat dari apa yang telah kita usahakan
Lagi banyak kita bertungkus lumus mendapatkan penutupan jualan tidak kira produk apa pun kita berjaya jualkan, semakin banyak komisen dan pendapatan tambahan kita perolehi dan dapatkan. Lagi banyak kita perolehi pendapatan lagi bersemangat dan bermotivasi lagi tindakan kita untuk bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh.

ii.                  Per tingkatkan nilai diri kita
Bayangkan setakat ini, gaji kita sebulan jika di bahagikan dan di jadikan dalam bentuk harian dan jam berapa banyak akhirnya. Adakah itu memadai? Selalu kita mendengar komisen se orang jurujual kereta boleh mencecah sehingga puluhan ribu. Katakanlah sebulan ia berjaya memperolehi RM15,000, ini bermakna dalam sehari pendapatan untuk dirinya adalah sebanyak RM500. Jadi kiralah berapa pendapatan bulanan kita untuk di nilai kan pendapatan kita dalam harian. Maka itulah nilai diri kita sebenarnya.

iii.                Fikirkan tentang kejayaan
Selagi kita fikirkan kejayaan, kejayaan juga yang pasti akan menjelma. Tapi jika kita tidak memikirkan apa-apa bagaimana kejayaan boleh datang dan timbul begitu sahaja. Fikiran yang positif akan menyebabkan tindakan kita positif mengacapi apa yang kita mahukan dan idamkan supaya kejayaan yang di ingini akan menjelma tidak kira apa juga bentuk dan cara yang kita lakukan

iv.                 Lakukan dari apa yang telah dibayar kepada kita
Melakukan lebih dari apa yang sepatutnya amat di tuntut. Perlu kah tugasan jualan kita lakukan secara di paksa, di marahi dan di suruh baru kita perlu mahu untuk melakukannya? Adakah kita lebih suka bekerja dalam keadaan seperti ini? Sentiasa di tekan dan tertekan dalam melakukan tugasan? 

v.                   Keuntungan di perolehi dari tindakan yang kita lakukan
Lakukan semata-mata dari tugasan dan amanah yang telah di tetapkan kepada kita. Tidak perlu lagi mencari tugasan tambahan atau kerja luar bagi menampung kehidupan kita. Selagi kita fokus dan faham apa tugasan kita, sudah pasti kita akan lebih lumayan untuk menerima pendapatan kita lagi dan lebih lagi.

vi.                 Keberkatan yang di cari tidak perlu di minta
Ada kejujuran dalam tindakan kita, segala pendapatan kita di berkati oleh Allah SWT. Bila pendapatan kita di berkati segala permasalahan kita akan lebih mudah di selesaikan. Bermula dari sedikit insya-Allah semakin lama semakin bertambah jumlah pendapatan kita.

Ingatlah sentiasa untuk bertindak segera dan cepat bagi mencari oportuniti yang ada dan mendatang. Jangan di lengah-lengah tetapi bergerak lah segera. Lakukan lah ia sejauh dan sebanyak yang boleh semaksimum keupayaan diri kita supaya segala peluang yang kita dapat dan perolehi tidak di sia-siakan begitu sahaja. Kita umpama bekerja di syarikat kita sendiri. Selagi kita berusaha dan bersungguh-sungguh selagi itulah syarikat kita akan memperolehi keuntungan yang di ingini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan