Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 11 Januari 2012

Dapatkan idea dari kanak-kanak dalam melakukan perundingan


Perundingan yang baik boleh melembutkan dan mencairkan hati seseorang bagi melakukan keputusan menerima tawaran yang di lakukan. Perundingan yang baik dan positif boleh kita dapati asalkan kita bertindak dengan cara yang betul. Satu contoh yang terbaik, kita lihat bagaimana anak-anak kita telah pun melakukan perundingan kepada kita. Tidak kira bagaimana halangannya dan cabarannya, dalam apa juga yang mereka pinta dan minta pasti lambat laun akan terlaksana juga. Menurut penulis buku Herb Cohen dalam buku ‘best selling’nya bertajuk ‘You can negotiate everything’ memaklumkan kanak-kanak adalah seorang negotiator yang terbaik di kalangan semua peringkat umur, walaupun kanak-kanak tiada langsung mempunyai autoriti dan kuasa di tangannya tetapi apa yang mereka mahukan ataupun memerlukannya pasti pada akhirnya mereka akan mendapatkannya jua. Lihatlah bagaimana di sekeliling kita orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi telah menggunakan kanak-kanak sebagai satu alat untuk mengutip derma atau menjual produk-produk yang biasa sahaja bagi mendapatkan kutipan wang yang banyak dan senang.

Bagaimana kanak-kanak ini boleh melakukan tindakan yang menyebabkan mereka berjaya mem perolehi apa yang mereka kehendaki. Antaranya adalah

i.                    Sasarkan setinggi yang boleh
Apa juga tindakan mereka, mendapatkan apa yang di idamkan, mereka akan bermula dengan permintaan yang tinggi dahulu. Selagi boleh dia minta sebanyak yang boleh selagi itu mereka akan mencubanya tanpa gagal dan putus asa. Kepuasan diri sendiri mesti di perolehi dahulu baru di fikirkan tentang orang lain.

ii.                  Menganggap ‘Tidak’ sebagai permulaan kedudukan yang terbaik
Apabila perkataan ‘Tidak’ sahaja kedengaran bukan bermakna tidak boleh. Walaupun ramai orang bila mendengar ‘Tidak’ bermakna sudah tamat atau penghabisan perundingan. Tapi bagi kanak-kanak mereka pasti akan mengulanginya juga sehingga mungkin pada jalan akhirnya menangis dengan sekuat hati asalkan permintaan mereka di penuhi. Bukan saya nak menyuruh kita sampai teriak terisak-isak di depan prospek/pelanggan tapi lihatlah betapa cekal nya kanak-kanak tetap berusaha untuk mendapatkan apa yang di ingini nya.

iii.                Tidak bergantung kepada seseorang sahaja
Satu contoh terbaik. Mula-mula minta kat bunya, ibunya kata tidak, lalu pergi ke ayahnya pula, pun dapat jawapan yang sama iaitu tidak. Pergi pula ke datuknya pula dan seterusnya sehinggalah tugasan tamat sehingga mendapatkan pengesahan ‘YA’ dari seseorang yang rapat kepadanya. Padahal kanak-kanak ini kalau di ikutkan logik akal mana mereka ada pengalaman dan skil untuk cuba dan mencuba lagi

iv.                 Lurus bendul
Tindakan yang jujur dan betul sentiasa membuatkan kita akan jadi cair juga apabila berhadapan dengan mereka. Kanak-kanak tidak tahu menipu dan mereka akan perkatakan apa juga perkara yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat dan dengar sehinggakan rahsia rumah tangga ayah dan ibunya boleh terbongkar begitu sahaja di sebabkan kejujuran anak-anak tersebut.

v.                   Tidak mudah mengalah
Walaupun di marahi, di pukul dan di denda, tanpa berdendam dan berputus asa tetap berusaha untuk mendapatkan juga apa yang di kehendaki. Tiada siapa yang mengajarnya tapi mereka tetap melakukannya dengan rasa tiada putus asa, kecewa dan lemah semangat.

vi.                 Sentiasa merendah diri
Lihat sahaja celoteh kanak-kanak, sentiasa riang dan ceria membuatkan hati kita begitu tersentuh. Tidak tahu meninggi diri, angkuh dan berlagak tapi cukup pkitai dalam mengambil hati dan perasaan kita. Bila dia bersedih kita akan memujuknya, bila dia ketawa, kita turut sama berjenaka dan bila dia demam kita pula bersusah payah.  Itulah anugerah Allah yang tiada nilainya dapat di gambarkan. Melihat kanak-kanak, kita langsung tiada merasakan kebencian dan kejengkelan kita terhadapnya

Inilah sumber kekuatan diri kita apabila berinteraksi berhadapan dengan prospek/pelanggan kita. Sentiasa bayangkan bagaimana kanak-kanak yang masih kecil dan mentah pula cukup hebat melakukan perundingan dengan kita tanpa mengenal putus asa dan mengalah.  Sedangkan kanak-kanak yang belum membesar telah pun menunjukkan skil perundingan dengan orang tuanya dan sentiasa di anggap berjaya, kenapa kita yang telah dewasa ini, matang dalam pemikiran masih gagal dan masih belum dapat melakukan perundingan yang sebaik mungkin hanya untuk mendapatkan penutupan jualan sepertimana yang di kehendaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan