Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 7 Januari 2012

Tindakan yang perlu di ambil bila KOMPLEN terjadi


Ambil perhatian sewajarnya dan jangan sama sekali mengambil mudah dan senang sahaja apabila komplen terjadi. Kita kena bertanggung jawab sepenuhnya jika berlaku di atas kita kerana komplen yang ada dan datang kepada kita menunjukkan pelanggan tersebut cukup prihatin, ambil berat dan mahu produk yang di gunakan setimpal dengan wang yang telah di laburkan. Di samping menjaga kepentingan karier kita, organisasi kita, kepentingan, kehendak dan keperluan pelanggan juga amat perlu di jaga juga.

Pastikan selepas ini, setiap komplen yang datang perlu di beri perhatian sewajarnya dan ambil perhatian sepatutnya kerana
  • Satu oportuniti dan peluang yang terbaik buat diri kita melakukan pembetulan bukan setakat pelanggan kita tetapi juga sebagai satu peringatan kita dan juga rakan sekerja kita supaya tidak berlaku lagi atau di ulangi lagi di masa hadapan
  • Peluang untuk kita untuk menjaga dan membantu pelanggan tersebut. Tunjukkan kepada mereka yang kita juga mampu untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul jika ada perkara-perkara yang berlaku di luar dugaan dan jangkaan kita sendiri. Setiap hari kita melalui proses pembelajaran
  • Kesempatan kita dalam membaiki khidmat kepada pelanggan kita sendiri walaupun mungkin pada mulanya kita merasakan ianya mungkin akan mengganggu fokus jualan kita
  • Apabila dah tahu jalan penyelesaiannya sudah pasti kita tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan apabila bertemu dengan pelanggan lain. Apa yang berlaku ambillah ia sebagai satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat diri kita
  • Kita akan sentiasa ambil berat dan ketahui segala kehendak pelanggan dan ini lebih memudahkan lagi kita melakukan tugasan jualan kita
  • Pelanggan akan mengetahui dan memahami yang kita adalah seorang yang prihatin dan mengambil berat segala permasalahan yang timbul. Ini lagi memudahkan tugasan kita hasil dari hebahan mulut pelanggan kita sendiri.
  • Mustahil setiap permasalahan yang timbul tiada jalan penyelesaiannya. Atasinya dengan cara yang berhemah dan rasa yang amat bertanggung jawab.
  • Kita bantu seseorang bermakna dalam pasaran orang akan lebih menghormati kita dan secara tidak langsung ianya akan menaikkan lagi reputasi kita dan memudahkan lagi jualan kita bukan setakat pelanggan tersebut tetapi juga kepada rakan taulan pelanggan tersebut
  • Sentiasa tersemat dalam diri kita yang kita sentiasa mahukan untuk membantu dan menolong pelanggan-pelanggan kita dan sesiapa juga yang berurusan dengan kita

Walaupun ianya satu yang menyakitkan dan memedihkan diri kita, tetapi jika ianya dapat di selesaikan dengan cara dan jalan yang terbaik, memuaskan hati pelanggan kita, pasti komplen tersebut akan bertukar kepada satu oportuniti yang terbaik untuk diri kita sendiri per tingkatkan lagi jualan kita untuk diri kita dan organisasi kita. Sentiasa berfikir mencari peluang dan bukannya berfikir untuk melepaskan diri hanya menjadi seperti seorang Polis Trafik yang mengawal kesesakan jalanraya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan