Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 13 Januari 2012

BERMULANYA HARI ISNIN


Tiap kali datangnya hari Isnin, hari permulaan dalam seminggu kalendar kerja, akan menyebabkan mood kerja seperti mana kita bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Adalah sesuatu yang bukan mudah dan senang untuk mengubah mood bercuti kepada mood bekerja begitu sahaja setelah kita bercuti merehatkan diri hanya selama dua hari sahaja habis kita melupakan seketika tentang kerja kesungguhan kita selama lima yang lalu. Seolah-olah seperti enjin kereta yang di hidupkan agak sukar dan lambat untuk di panaskan.

Terdapat langkah-langkah kita perlu lakukan untuk membuang mood tidak baik kita kepada seorang yang terlalu dahagakan tindakan suka dan mahu melakukan jualan dengan segera dan pantas tanpa mengira hari apa pun yang berlaku. Antaranya adalah

i.                    Menghubungi pelanggan terbaik kita di pagi Isnin sebagai satu pendorong dan penaik semangat

ii.                  Lakukan persiapan untuk Isnin sebelum Isnin bermula

iii.                Pastikan masa jualan adalah masa jualan sebenar kita bukannya masa banyak termenung

iv.                 jangan mulakan dengan pelbagai alasan

v.                   Elakkan mendengar cerita percutian ketika hadir ke pejabat di awal pagi dahulu

vi.                 Berusaha untuk mulakan mood tugasan kerja yang menyeronokkan

Kalau kita cuba amalkan langkah-langkah yang disyorkan mungkin sedikit sebanyak akan memberi impak yang positif kepada kita lambat launnya. Yang pasti permulaan hari kita telah berjaya melakukan tugasan amanah kita sebaik mungkin dan seperti mana yang di harapkan. Orang yang berjaya sanggup berubah demi memastikan beliau sentiasa  berasa di puncak kejayaan. Jadilah seorang yang sentiasa dahagakan kejayaan untuk pembangunan diri sendiri dan karier, memandang ke hadapan dan tidak sama sekali menjadikan karier jualan sebagai sesuatu yang mendatangkan kesukaran dan kepayahan bagi mencapai apa yang di hajati selama ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan