Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 16 Januari 2012

MUHASABAH DALAM JUALAN - Part 1


Allah SWT. Berfirman 

نَّ الإنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (١٩)إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (٢٠)وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (٢١)

Maksudnya : Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan (keuntungan) ia amat kikir. (QS. Al-Ma’aarij:19-21)

Memang sudah menjadi dasar seorang manusia, apabila melakukan jualan tatkala dia tidak berjaya melakukannya habis segala-galanya dia menceritakan kepada semua orang betapa sukar dan susahnya beliau untuk melakukan jualan. Habis satu dunia mahu di maklumkan betapa jualan yang di lakukan hanyalah sia-sia sahaja di lakukan hingga buntu di buatnya. Bagaimana pula jika ia mencapai kejayaan dan perolehi komisen dan pendapatan tambahan yang banyak? Sah memang buat tak tahu sahaja, kalau boleh biar satu dunia juga tak tahu yang beliau telah perolehi pendapatan se banyak yang di terimanya.

Jadi perlu kah kita mengeluh dan merasa kecewa di atas seperti kejadian di atas walaupun dalam Islam tidak menghalang kita merasa sedih atau berkeluh kesah asalkan jangan sama sekali keterlaluan  Di sinilah terletaknya sikap kita yang perlu bagi kita melakukan MUHASABAH DIRI dan menyendiri seketika.  Bukan saya menyuruh kita untuk bertapa dan menyendiri se seorang di dalam bilik apatah lagi dalam gua, tetapi cukuplah semasa kita duduk seketika di atas kerusi sofa rumah kita, beriktikaf di dalam rumah Allah, senyap seketika di atas sejadah selepas solat fardu ataupun ketika kita mahu melelapkan mata di atas katil tidur kesayangan kita.

Semasa kita bermuhasabah inilah kita sebenarnya mengkaji di mana

i.                    Kekurangan kita

ii.                  Kesilapan kita

iii.                Kelebihan kita

iv.                 Kekuatan kita

v.                   Memadai kah tahap layanan kita kepada prospek/pelanggan

vi.                 Sejauh mana presentasi kita pada hari ini

vii.               Apa tindakan selanjutnya

viii.             Di mana kedudukan kita sekarang ini

ix.                 Pengumpulan tenaga dalaman dalam diri kita sendiri

dan banyak lagi yang boleh kita fikirkan hanya semata-mata untuk memajukan lagi dan memperhebatkan lagi kedudukan diri kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan