Dalam
usaha menarik minat dan penerimaan tawaran dari prospek/pelanggan tiba-tiba
sahaja sesuatu perkara buruk dan di luar jangkaan kita akan berlaku. Bermula
dengan meninggi suara seterusnya terjadilah perbalahan yang tidak di ingini
terjadi. Hasrat di hati ingin melakukan jualan, langsung terhenti bertukar
menjadi perbalahan mulut antara kita dan prospek/pelanggan kita. Kenapa
perbalahan ini berlaku?
Mungkin
perkara-perkara ini berlaku di sebabkan
- Prospek/pelanggan jenis orang yang cepat panas baran termasuk kita sekali
- Dengar nama organisasi yang kita wakili terus melenting disebabkan ada sejarah buruk yang telah berlaku ke atas dirinya atau kenalannya
- Mencari kesalahan dan kelemahan kita
- Perwatakan kita mungkin menjengkelkan dan tidak selesa pada prospek/pelanggan tersebut
- Kita sendiri tidak mengambil berat presentasi dan perasaan prospek/pelanggan
- Masa pertemuan mungkin tidak bersesuaian
- Kita tidak memberi peluang prospek/pelanggan bercakap mengemukakan pendapatnya
Jangan dituruti hati yang panas kelak akan memakan diri semula. Bawakan bertenang, bersabar dan kawal diri kita dahulu sebelum kita boleh kawal situasi yang tengah panas berwap-wap. Jangan dikira siapa yang betul siapa yang salah asalkan ketenteraman dan pengawalan situasi yang tenang dan reda boleh diperolehi semula. Elakkan dari perbalahan kerana sekali ianya terjadi sampai bila-bila prospek/pelanggan pasti tidak akan mempercayai keupayaan dan kredibiliti dari diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan