Menunggu adalah satu
penyeksaan. Salah satu perkara yang menjemukan apabila kita telah melakukan
temu janji kepada prospek/pelanggan adalah menunggu dan menanti kehadirannya
terutamanya di premis pejabat prospek/pelanggan yang terpaksa melalui
setiausahanya atau receptionist terlebih dahulu. Apa yang
harus kita lakukan?
Sebenarnya sebaik-baiknya
jangan dibazirkan masa sebegitu sahaja tetapi perlu dimanfaatkan dan diambil
info yang ada di sekeliling premis prospek/pelanggan tersebut dengan lebih
mendalam lagi iaitu dengan cara
i.
Pandang sekeliling dahulu dan perhatikan segala
maklumat yang dipamerkan seperti gambar-gambar tentang aktiviti utamanya, carta
organisasi, poster-poster yang terlekat dan flyer-flyer yang ada bagi
memudahkan kita mengenali dengan lebih baik dan mendalam tentang latar belakang
aktiviti utama bidang pekerjaan prospek/pelanggan kita bertugas. Mungkin boleh
di jadikan bahan soalan nanti kepada prospek/pelanggan tersebut sebagai pembuka
cerita nanti.
ii.
Sebaik-baiknya bersembanglah dahulu dengan sesiapa
sahaja yang berada di situ yang mungkin kita berada di kaunter pertanyaan,
setiausahanya atau pegawai perhubungannya bagi mendapatkan maklumat dan info
yang lebih mendalam lagi tentang aktiviti bidang kerja prospek/pelanggan.
iii.
Mengawasi keadaan sekelilingnya tentang mood
pekerja di sana dan ambil kesempatan apakah oportuniti lain yang boleh kita ambil
bagi meluaskan lagi tawaran produk/perkhidmatan yang boleh ditawarkan sesuai
dengan mereka.
iv.
Sebaik-baiknya jangan duduk lagi selagi belum
bertemu dengan prospek/pelanggan yang ingin di temui. Rasionalnya adalah kerana
menunjukkan kita bila-bila masa sahaja telah bersedia untuk bertemu dengan
prospek/pelanggan tersebut apabila prospek/pelanggan tersebut datang menemui kita.
v.
Catit kan apa yang perlu untuk kita kemukakansoalan-soalan yang berkaitan berdasarkan pengawasan kita di premis
prospek/pelanggan tersebut.
Peluang yang datang jangan
sama sekali di tolak. Apa pun yang ada di depan mata perlu di anggap sebagai
satu peluang keemasan yang tidak mungkin dapat dilepaskan. Sambil menyelam
minum air. Semakin kita cari semakin banyak yang akan
menguntungkan diri kita.