Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 31 Mei 2013

Parti Demo di tawarkan



Kebiasaannya mereka yang menyertai MLM (Multi Level Marketing) atau produk barangan sudah pasti akan mengadakan demonstrasi kebiasaannya di rumah-rumah penginapan atau persendirian sesiapa sahaja yang berminat memberikan laluan kepada mereka menunjukkan produk yang ditawarkan. Berlakunya sebegini adalah disebabkan bakal pembeli atau pengguna sudah pasti ingin melihat dari dekat, menyentuh produk tersebut, merasa bagaimana rasanya, mengetahui harumannya jika ada dan senang untuk bertanya kepada penjualnya.

Bagi penjual semuanya harus berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. Segala persiapan awal perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Tiada kecelaruan dan kelam kabut berlaku. Kena ada Pelan B atau C jika pelan asal yang dilakukan terdapat masalah atau musibah. Perancangan yang teliti perlu ada bagi menjaga nama baik produk yang ditawarkan, pengeluar produk tersebut, organisasi yang diwakili dan maruah diri sendiri sebagai orang yang menawarkan produk.

Bagi memastikan demonstrasi berjalan dengan baik dan lancar beberapa cara dan kaedah perlu dilakukan supaya setiap kali melakukan demonstrasi mendapat sambutan daripada audiens yang hadir supaya apa juga yang dilakukan tidak akan menanggung kerugian di akhir program. Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan adalah

i.             Ringkaskan dahulu apa yang hendak di lakukan. Sebaik-baik tindakan wujudkan ‘check list’ apa yang perlu dilakukan agar tiada apa yang tertinggal ataupun terlupa pada diri kita. Manakala kepada yang hadir beritahu tujuan sebenar kenapa kita hadir di tempat mereka.

ii.           Tunjukkan apa yang hendak dilakukan agar kesangsian mereka tidak bersarang lama bersangka buruk tidak menentu. Tonjolkan kepada mereka dengan memberikan idea-idea, ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan produk-produk yang ada

iii.          Ulangi semula dengan olahan perkataan yang mudah di fahami dan diterima akal

iv.          Berhubung dengan audiens baik semasa demo dilakukan atau selepasnya. Jangan biarkan mereka berseorangan asyik mendengar sahaja

v.            Tindakan paling baik sahkan kefahaman mereka. Jika masih tidak faham ulangi mana yang perlu

vi.          Penekanan harus kepada ciri-ciri dan kelebihan sesuatu produk tersebut dan jangan sama sekali lari dari apa yang sepatutnya

vii.        Pengakhiran demo perlu dilakukan secara praktikal untuk mereka alaminya dengan menggunakan segala deria bau, lihat, rasa, bau dan dengar. Berikan masa sebaik-baiknya kepada mereka mengikut kesesuaian dan kehendak mereka.

Tawarkan dengan sebaik yang mungkin. Ada promosi pergunakan dengan jayanya. Memikat dengan cara sebegini memerlukan cabaran yang tinggi dan ketabahan yang tenang. Jangan mudah merasa takut, gerun dan risau tapi hadapilah dengan sebaik yang mungkin. Penekanan demo adalah pada kelebihan dan keuntungan apa yang bakal mereka peroleh. Hulurkan bantuan dan pertolongan agar mereka tahu bahawa kehadiran kita di premis mereka hanyalah semata-mata untuk selesaikan masalah mereka melalui produk yang ditawarkan.


Read more >>

Khamis, 30 Mei 2013

ADAKAH BERLAKU TANPA SEBABNYA




Apa juga yang berlaku pasti dan mesti ada penyebabnya. Tidak akan berlaku sesuka hati mengharapkan nasib terus menjadi seperti mana yang kita mahukan. Begitulah dalam melakukan jualan. Nak dapat penutupan jualan kena ada sebab musababnya terlebih dahulu sebelum penutupan jualan boleh dinikmati. Cari apa sebabnya kenapa bakal pembeli atau pelanggan boleh menerima apa yang kita tawarkan.  Jangan jadikan sama sekali dalam melakukan jualan berserah nasib seratus peratus kepada takdir padahal segala tugasan yang perlu dilakukan ditinggalkan begitu sahaja.

Inilah baru dinamakan bersebab dalam sesuatu keadaan mengapa jualan boleh dilakukan. Tanpa usaha dan kelibat kita sendiri untuk mengusahakannya sudah pasti ia nya tidak akan ke mana. Kena ada usahanya dan kena ada tindakan yang dilakukan seperti mana yang dirancang terlebih dahulu. Mustahil setiap jualan tiba-tiba sangat mudah melakukannya tanpa ada sebarang usaha. Tak cukup dengan berdoa tanpa usaha adalah sia-sia sahaja manakala doa tanpa usaha adalah angan-angan. Kedua-duanya berkait rapat agar tidak menjadi sia-sia ataupun angan-angan.

Jadi bagi memastikan apa yang akan menjadi penyebabnya adalah

i.             Merancang dan melakukan perkara yang dirancang dengan mengikuti secara berdisiplin agar perancangan yang dilakukan sudah pasti bersesuaian dengan tindakan apa yang dimahukan.

ii.           Tidak mengharapkan sewenang-wenangnya nasib berlaku tetapi jika berlaku di luar dari kemampuan  dan dugaan kita sendiri anggaplah ia nya satu anugerah dari Allah SWT.

iii.          Yakin akan takdir Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin dan usaha adalah kesungguhan untuk melakukannya tanpa perlu berbelah bagi, mengeluh diri dan merasa kecewa yang amat sangat.

iv.          Fahami dahulu apa yang bakal pelanggan atau pembeli cari selama ini bagi memudahkan lagi bantuan dan pertolongan dapat dihulurkan.

v.            Jangan mudah putus asa dan kecewa kerana tindakan sebegini tidak ke mana perginya. Selagi ada sifat putus asa dan kecewa selagi itulah kegagalan jualan pula yang kita cari selama ini.

Tiada satu pun penyebabnya akan berlaku begitu sahaja tanpa kita sedari ataupun tidak. Mesti ada punca tidak kiralah dari diri kita sendiri, bakal pembeli atau pelanggan ataupun keadaan sekeliling boleh dan mampu untuk mempengaruhinya. Pasti ada penyebabnya. Kerana itu apabila berlakunya kegagalan dalam melakukan tugasan jualan pelajari di mana salah dan silapnya agar pembetulan dapat dilakukan dan tidak sama sekali diulangi lagi. Sudah pasti selepas ini tiada pergantungan nasib lagi di masa-masa hadapan tetapi usaha yang bersungguh sahaja yang dapat memberikan hasil yang terbaik bagi melakukannya. 


Read more >>

Rabu, 29 Mei 2013

Tawar Menawar Terjadi Siapa Pemenangnya?



Tidak kira produk barangan pengguna ataupun barangan keselesaan, apabila sudah berkenaan di hati sudah tentu akan terjadi tawar menawar antara bakal pembeli atau pelanggan dengan penjual yang menawarkan barangan. Bermulalah episod merayu, memujuk, memohon simpati dan tidak kurangnya sehingga bertegang leher pun boleh terjadi sama. Semuanya berlaku kerana

i.             Si pembeli mahukan harga yang terendah manakala penjual mahukan keuntungan yang tertinggi

ii.           Si pembeli memerlukan produk yang diingini manakala penjual asalkan produk tiada di dalam stoknya dikira cukup baik

iii.          Si pembeli cuba nak mengacah dahulu boleh ataupun tidak manakala penjual merasakan pembeli telah berminat sungguh

iv.          Si pembeli saja nak ketahui berapa rendah harga boleh ditawarkan manakala si penjual merasakan bila harga dah DOWN pembeli kena beli

Semuanya mainan bicara tawar menawar sebelum transaksi persetujuan penerimaan penawaran berlaku. Bukan di kira menang atau kalah, siapa untung siapa rugi atau siapa yang paling cerdik. Apa yang penting cukup berpuas hati dengan harga yang ditawarkan memberikan kedua-dua belah pihak menerima dengan hati dan perasaan yang terbuka. Kerana itu perlu ada sikap tolak ansur antara bakal pembeli atau pelanggan dengan penjual. Terutama orang yang menawarkan produk yang ditawarkan perlu ada sensitiviti dan kefahaman kos sesuatu produk sebelum menerima harga tawaran yang di kemukakan. 

Ambil satu solusi yang terbaik yang tidak menyakiti hati pembeli atau pelanggan yang mahukan produk yang ditawarkan. Penyelesaian terbaik adalah dengan

i.             Ambil jalan tengah yang boleh menggembirakan hati bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui 

ii.           Asalkan tidak menanggung kerugian walaupun margin yang kecil sahaja itu sudah di kira amat memadai.

iii.          Berikan diskaun yang memadai bukan mengikut kata hati atau mengikut apa yang pembeli mahukan

iv.          Nada suara yang lembut, bersopan dan berhemah mengatakan secara berfakta dan jujur

v.            Jangan mudah terpengaruh dengan sikap pembeli yang memujuk dengan baik dan merayu-rayu sehingga kerugian pula yang ditanggung

vi.          Dengar dahulu apa yang dimahukan terlebih dahulu walaupun kita sedari apa yang dimintanya tidak mungkin dapat dipenuhi. Jangan mencelah sama sekali.

vii.        Tenang dan bersabar dalam melayan karenah

Kerana itu perlu kepada tolak ansur yang sewajar dan sepatutnya. Jangan ikutkan hati yang panas kelak nanti produk yang kita tawarkan tidak ke mana sambutannya. Tidak salah kurangkan sedikit harga yang ditawarkan asalkan harganya tetap berpatutan dan masih boleh menikmati keuntungan seperti mana yang dikehendaki. Baik ambil jalan tengah asalkan produk yang di tawarkan dan dijual masih ada lagi penerimaannya dari bakal pembeli atau pelanggan. Jangan pula di ambil seperti pepatah mengatakan biar putih tulang jangan putih mata di khuatir kan nanti nak dapatkan untung yang maksimum langsung tak laku terus produk yang ditawarkan kelak. Siapa yang akan menanggung kerugian nanti, bukan pembeli tetapi penjual juga yang menanggungnya kelak.


Read more >>