Adalah menjadi
sesuatu perkara yang terbesar bagi sesebuah negara apabila telah di daulatkan
menjadi sebuah negara yang bebas untuk di perintah sendiri oleh penduduk negara
tersebut tanpa perlu di tadbir dan di jajah oleh negara yang lain. Terlalu
besar erti kemerdekaan bagi kita semua dalam memastikan negara kita telah
benar-benar mencapai kemerdekaan. Kini negara kita telah 55 tahun bebas dari
angkara penjajahan yang mana semenjak 1957 lagi setiap tahun kita rakyat
Malaysia sentiasa meraikan kemerdekaan secara gilang gemilang tanpa gagal.
Begitulah hebatnya sambutan kemerdekaan yang kita lakukan tanpa merasa jemu dan
bosan hanya semata-mata semangat cintakan tanah air kita sendiri.
Negara kita sudah pun
Merdeka selama 55 tahun, tapi bagaimana pula dengan diri kita? Masih ada lagi
kah penjajah yang sentiasa menjajah diri kita sehingga kita lupa dan alpa yang
kita ini adalah seorang manusia yang sentiasa juga ingin merasa merdeka dan
bebas dari sebarang tekanan dan paksaan daripada orang lain. Merdeka di sini
bukan sahaja merdeka kepada negara kita sahaja tetapi juga merdeka dalam makna
pembebasan dan kebebasan melakukan sesuatu dengan senang, tanang dan gembira
mengikut kehendak hati tanpa perlu di kongkong dan di kawal ketat di sebabkan
oleh elemen lain.
Kemahuan dan
kehendak kita adalah pelbagai tetapi adakah ini mencukupi dan memadai dengan
apa yang kita mahukan. Bebas kah kita selama ini? Berapa lama lagi kita harus
di jajah dan di kongkong? Kita amat di perlukan sama sekali untuk pembebasan
diri kita kepada
i.
Merdeka pada
fikiran kita
Buang
jauh-jauh fikiran kita jika kita merasakan fikiran kita sentiasa memikirkan
tentang gejala negatif dan yang tidak baik berlegar-legar dalam pemikiran diri kita.
Bebaskan diri kita dari tanggapan yang negatif dan yang buruk serta di sisihkan
dengan sesuatu yang positif yang boleh merangsang diri kita untuk bertindak ke
arah yang lebih positif dan berwibawa demi kemajuan diri kita sendiri. Kalau
negara kita boleh bebas dari penjajahan kenapa kita juga tidak boleh lepas dari
penjajahan pemikiran? Untuk berjaya kita sentiasa perlukan yang positif untuk merangsang
fikiran kita melakukan perkara-perkara yang baik dan di ingini. Hanya kerana kita
ingin melakukan jualan untuk kejayaan karier kita, fokus kita kena betul
mengikut niat asal kita untuk apa kita lakukan jualan sebagai karier utama kita.
Bila kita telah perbetulkan niat dan matlamat kita maka tiada siapa pun dapat
menjajah fikiran kita lagi ke arah yang negatif dan yang bukan-bukan kerana
sebenarnya kita telah pun fokus untuk melakukannya.
ii.
Merdeka
kepada sikap kita sendiri
Sikap
kita melambangkan keperibadian kita sendiri. Selagi keperibadian kita di pandang
tinggi dan elok oleh orang lain selagi itulah kita akan di hormati dan di
segani di mata masyarakat. Bagi
memastikan jualan kita mudah dan senang untuk di terima oleh orang ramai,
bebaskan diri kita mencapai satu kemerdekaan pada sifat dan sikap dalam diri kita
memastikan kehadiran kita di terima oleh semua orang. Berbudi bahasa, bersopan
santun, berhemah dan merendah diri sentiasa supaya kita lebih mudah untuk
memberikan tawaran dan menjual dengan apa juga produk yang kita tawarkan kepada
prospek/pelanggan dengan senang hati dan ceria.
iii.
Merdeka
kepada diri kita sendiri
Selagi
kita suka untuk membantu orang ramai selagi itu orang akan lebih mempercayai kita
dan Allah juga akan memberikan pertolongan semula dengan lebih banyak lagi
kepada kita juga sebagai balasan perbuatan baik kita kepada orang lain. Segala
kemahuan dan kehendak kita akan lebih cepat terlaksana dengan jujurnya dan
tepatnya. Jika kita sendiri yang melakukan kesalahan, kesilapan dan bongkak
diri, tiada siapa pun juga yang akan membetulkan diri kita melainkan diri kita
sendiri. Jangan sampai diri kita di jajah oleh kuasa lain yang menyebabkan
orang lain akan hilang hormat dan tidak suka kepada diri kita sendiri. Orang
SALES tidak boleh sombong dan angkuh nanti prospek/pelanggan akan lari.
Perbetulkan segala kekurangan dan kelemahan dalam diri kita sendiri agar kita
sentiasa merdeka untuk bertindak dengan lebih berketerampilan dan bersemangat
sentiasa bagi menghadapi segala halangan dan cabaran yang perlu di tempuhi.
Merdeka, merdeka
juga, bukan setakat merdeka kepada negara tetapi juga kepada diri kita sendiri.
Perbetulkan mana-mana yang negatif dan yang tidak betul supaya kita akan jadi
lebih bermaruah dan di hormati sentiasa dalam melakukan jualan di mana juga kita
lakukan. Orang sentiasa memerhatikan segala tindakan dan tugasan kita tanpa kita
sendiri sedari. Masih ada lagi masa untuk kita perbetulkan ke arah yang lebih
positif dan di gemari oleh orang yang berhadapan dengan kita nanti baik
prospek/pelanggan kita sendiri mahupun pihak pengurusan kita. Kita menentukan
segala-galanya sama ada kita sendiri telah MERDEKA ataupun belum.