Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 31 Mac 2012

Rapport satu kelebihan


Membina satu jalinan, jaringan dan perhubungan yang baik dan rapat kepada prospek/pelanggan amat dituntut sama sekali terutamanya apabila kita melakukan jualan kepada mereka. Tatkala memastikan jualan dapat dilakukan dengan baik dan mendapat sambutan seperti yang diingini, di sinIlah terletaknya satu perhubungan yang perlu ada dan kekal bagi mendatangkan keinginan dan kemahuan prospek/pelanggan tersebut menerima kehadiran dan tawaran yang dikemukakan.


Banyak faedahnya kenapa pembinaan jalinan, jaringan dan persahabatan yang mesra dan rapat antara satu sama lain perlu dilakukan bagi tujuan pembinaan ‘Rapport’ iaitu


i.                     Mudah mendatangkan kepercayaan prospek/pelanggan kepada kita

ii.                   Pertemuan dilakukan dengan jalinan harmoni dan mesra

iii.                  Interaksi dan komunikasi boleh dilakukan dengan senang, tenang dan tiada sebarang tekanan

iv.                 Terbuka luas kepada peluang 

v.                   Kita akan lebih mudah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka

vi.                 Mudah menimbulkan simpati dan empati kepada prospek/pelanggan yang ditemui

vii.                Prospek/pelanggan lebih mudah memahami apa tujuan kita

viii.              Mohon pertolongan untuk menerima tawaran akan lebih memudahkan lagi

ix.                 Lebih kepada keadaan yang tidak formal boleh berlaku semasa presentasi

x.                   Penerimaan tawaran adalah berdasarkan kepada kepercayaan

xi.                 Mudah mendapatkan sokongan dan persetujuan dari segi idea dan cadangan

xii.                Keyakinan dan memudahkan lagi jualan terhadap prospek/pelanggan


Pergunakan jika sudah dapat membina satu ‘rapport’ yang baik dari prospek/pelanggan tersebut. Elakkan dari disia-siakan kerana apabila menanggung satu kerugian bermakna kita telah gagal melakukan jualan di hadapan seseorang yang dirasakan cukup mudah menerima tawaran yang ditawarkan.





Read more >>

Jumaat, 30 Mac 2012

KETAHUI TENTANG PESAING


Adat melakukan jualan, pesaing yang ada perlu diketahui dan jangan sama sekali diabaikan dan buat tak tahu sahaja. Dalam pasaran terbuka seperti ini, segala aktiviti jualan yang dilakukan kena pastikan lebih baik dan elok tindakan kita mengatasi pesaing yang ada kalau kita sendiri inginkan kejayaan dalam melakukan jualan. Jangan sama sekali memandang rendah keupayaan pesaing ditakuti nanti kita langsung tidak dapat melawan dan menghadapi persaingan pula terutamanya dengan pesaing yang sedia ada. Kreativiti dan kesungguhan melakukan jualan amat diperlukan supaya kalau tidak pun di atas mengatasi pesaing sekurang-kurangnya kita sentiasa ada untuk bersaing sama dengannya.


Persaingan yang sihat di dalam pasaran amat digalakkan. Amat baik mengetahui tentang segala tindak tanduk pesaing kita melakukan penawaran produk agar penawaran produk kita juga boleh diterima dalam pasaran yang sama. Terdapat beberapa faktor-faktor dan perkara-perkara yang perlu kita ambil berat dan ketahui antaranya



i.                    Bagaimana pesaing-pesaing kita mencari dan mendapatkan pelanggan-pelanggan mereka?
Teknik dan skil yang digunakan perlu dipelajari dan diketahui bagaimana pesaing melakukannya. Jangan malu untuk meniru cara yang digunakan asalkan ia boleh mendatangkan hasil semula kepada kita.  Perlu diingat skil, teknik dan kemahiran dalam jualan tiada dimasukkan dalam akta hak cipta yang tidak membenarkan sesiapapun boleh meniru dan mengikuti cara orang lain lakukan. Lihat dan tentukan kekuatan tim jualan mereka dan apakah aktiviti-aktiviti jualan yang mereka telah lakukan di pasaran. Bolehkah kita melakukan persaingan dengan mereka di padang yang sama atau berbeza sekali padang permainannya? 


ii.                  Jenis yang bagaimana pelanggan-pelanggan mereka?
Ada produk-produk yang ditawarkan bergantung pada kepada jenis-jenis pelanggan yang akan ditentukan oleh pesaing dahulu. Ada di pasaran mengemukakan produk-produk untuk pelanggan-pelanggan yang tertentu sahaja menikmati produk tersebut mengikut kekayaan dan pendapatan seseorang. Ada yang dikhususkan untuk golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan semua orang. Lihatlah industri permotoran di Malaysia, jenama kenderaan cukup sinonim dengan pendapatan, kemampuan dan gaya hidup seseorang. Semakin berharta dan banyak pendapatannya semakin canggih kenderaan yang digunakannya. Adakah produk-produk pesaing juga turut mengalami keadaan yang sama seperti di atas?


iii.                Apa penyebabnya produk mereka masih diterima oleh pelanggan?
Kesetiaan pelanggan dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh pesaing amat diperlukan kita untuk mengetahui bagaimana pesaing-pesaing kita melakukannya. Bagaimana untuk menarik pelanggan-pelanggan setia mereka untuk bertukar menjadi pelanggan-pelanggan setia kepada kita. Penyebabnya ada pada mereka tapi pencariannya ada pada kita. Berusaha mencari kelemahan produk mereka untuk atasi jalan terbaik mendapatkan pelanggan-pelanggan tersebut agar pelanggan-pelanggan tersebut pada akhirnya menerima tawaran produk dari kita. Sudah memadai kah tahap layanan dan perkhidmatan yang telah kita tunjukkan dan persembahkan kepada bakal-bakal pelanggan kita?


iv.                 Bagaimana struktur penawaran harga  dan kelebihan produk-produk pesaing?
Harga sememangnya memainkan peranan yang penting dan begitu juga kelebihan-kelebihan dan keuntungan produk yang ditawarkan dan diterima oleh pelanggan-pelanggan pesaing. Adakah produk yang kita tawarkan turut terjejas dengan harga dan kelebihan produk pesaing di pasaran. Kalau semuanya sama ini bermakna jualan kita tidak sebaik pesaing lakukan. Tapi jika terdapat perbezaan yang ada, sesuatu tindakan perlu dilakukan membezakan apa kelebihan pesaing dengan kelebihan produk kita supaya memudahkan tindakan kita menarik minat dan pengetahuan prospek atau bakal pembeli melakukan penilaian terbaik untuk mereka. Kena telus dan jangan sama sekali memburukkan nama pesaing di pasaran kerana itu satu etika dan perbuatan yang tidak elok sama sekali buat kita yang melakukan jualan. 


v.                   Bentuk pemasaran mereka dalam perkenalkan produk mereka di pasaran
Peka dan sentiasa lihat adakah kain rentang, poster ataupun edaran risalah dilakukan di tempat-tempat lokasi orang ramai. Jangan kita rasakan itu tidak apa, tidak strategi dan orang ramai akan buat tidak tahu sahaja tetapi ambillah sebagai satu iktibar dan pengajaran yang terbaik untuk kita ambil berat sama perkembangan baru mereka dan promosi terkini mereka. Saksikan juga tentang aktiviti-aktiviti jualan mereka seperti pembukaan ruang pameran, penyertaan pesaing dalam tapak pameran dan expo, taklimat-taklimat ataupun forum yang mengakibatkan nama produk mereka begitu senang dan mudah dikenali ramai. Adakah kita boleh dan mampu bagi kita menyaingi pesaing dan lakukan seperti mana yang mereka lakukan?


vi.                 Apa penyebab utama produk mereka boleh diterima dengan baiknya oleh pelanggan-pelanggan mereka
Balik-balik produk pesaing sahaja yang disebut-sebut dan diterima dalam pasaran oleh bakal-bakal pembeli atau bekas pelanggan yang kita temui. Apa pendorong dan penyebab utama mereka boleh menerima kehadiran produk pesaing di pasaran. Cari dengan bijaksana dengan mendapatkan maklum balas dan cerita-cerita mereka kenapa mereka begitu menggemari dan menyukai produk pesaing dari produk kita. Dari itu akan memudahkan lagi untuk kita menyukai apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada kita untuk kita perbaiki dan per kemaskan lagi supaya di masa hadapan tindakan yang sepatutnya pula dapat kita lakukan bagi memastikan pula produk kita sentiasa di hati bakal-bakal pembeli dan pelanggan kita pula.


vii.               Dari pelanggan kita cuba dapatkan juga info kenapa mereka memilih produk kita bukannya produk pesaing
Buat satu kaji selidik agar pelanggan-pelanggan kita tidak kira yang lama atau yang baru perlu dikekalkan dan tidak lari dan pergi kepada pesaing kita pula. Terlalu sibuk dan risau dengan kehadiran pesaing kita langsung kita lupakan pula pelanggan-pelanggan kita yang sedia ada. Jangan diabaikan dan jangan dilupakan sama sekali agar kita ketahui tindakan yang kita lakukan ini adakah dikira sudah memadai dan atau ala-ala kadar sahaja. Perbetulkan dan per tingkatkan semula tindakan kita pada mana-mana bahagian yang didapati lemah dan perlu diperbetulkan semula. Hanya maklum balas dari pelanggan setia sahaja benar-benar boleh didapati kejujurannya dalam memberikan pandangan dan penjelasan yang diperlukan secara ikhlas dan sepatutnya. Segala aduan dan ke tidak puasan hati juga perlu diambil perhatian sewajarnya juga agar satu tindakan yang bersepadu dan sepatutnya dibuat dan dilakukan bagi per kemaskan lagi mutu perkhidmatan kita kepada bakal-bakal pembeli dan pelanggan-pelanggan kita yang sedia ada.


Berusaha untuk mencapai kejayaan cara yang betul dan sepatutnya amat digalakkan agar produk kita sentiasa diterima dalam pasaran. Sentiasa menganggap pesaing yang ada bukan sebagai sesuatu yang mengganggu dan mengacau kepada kita tetapi kehadiran mereka sebenarnya banyak membantu untuk kita supaya kita menjadi lebih rajin, mahu berusaha, perbaiki kelemahan kita dan seterusnya menjadikan kita lebih tabah dan bersemangat untuk melakukan lagi jualan seperti mana yang dikehendaki






Read more >>

Khamis, 29 Mac 2012

Konsisten kekalkan momentum demi kejayaan


Tugasan dalam bidang jualan memerlukan satu konsistensi yang berterusan dan sentiasa dilakukan setiap masa samada kita berjaya ataupun tidak ianya tetap dan mesti dilakukan. Bila ianya telah menjadi satu tabiat yang positif melakukannya setiap masa dan ketika makan momentum seperti ini jangan sama sekali dibiarkan layu dan terhenti begitu sahaja. Sekejap buat sekejap lagi dibiarkan sahaja langsung tiada kesinambungan untuk mengekalkan prestasi yang ada supaya lebih elok dan lebih baik tindakan yang dilakukan. Jangan sampai sama sekali bila orang lain telah berjaya melakukannya barulah terhegeh-hegeh pula kita untuk melakukannya ikut apa yang orang lain telah lakukan terlebih dahulu. 


Antara gerak kerja yang mesti dilakukan dan memastikan momentum melakukan jualan sentiasa ada dan stabil adalah dengan memastikan


i.                    Memastikan matlamat yang dibina kena seiringan dengan tindakan yang kita lakukan
Matlamat kena seiring dengan tindakan. Menghasilkan tindakan yang terbaik memerlukan keazaman dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Pendirian kena kukuh dan jangan dengar dari orang-orang yang gagal ataupun yang bukan sama bidang dengan kita kerana dikhuatiri akan mempengaruhi kita ke arah jalan yang tidak betul selari dengan tugasan kita yang melakukan jualan.


ii.                  Kita yang memulakan dan pastikan habis kita lakukan
Bila ada awalnya pasti ada akhirnya juga. Jangan terlalu ghairah melakukan pada permulaannya sahaja tetapi bila sudah berada di pertengahan hanya disebabkan terdapat cabaran, rintangan, permasalahan, dugaan dan bisikan-bisikan negatif, habis ditinggalkan begitu sahaja. Sampai bila-bila orang tidak akan menghormati dan memandang rendah akan keupayaan dan kebolehan kita.


iii.                Jauhi hangat-hangat tahi ayam
Satu perumpamaan yang perlu kita ingat sentiasa supaya apa juga kita lakukan, jangan hanya bersemangat waja sahaja di permulaan tugasan. Hanya pada mula sahaja syok sendiri untuk lakukan tapi apabila badai melanda tiupan ribut menjelma habis pudar segala semangat dan motivasi awal kita pergi bersama luruh hilang tak muncul-muncul. Momentum memerlukan komitmen dan pengorbanan dari diri kita sendiri. Tanpa komitmen dan pengorbanan sudah pasti usaha kita akan tinggal dan terbiar begitu sahaja seperti sebuah rumah usang yang terbiar lama tanpa penghuninya.


iv.                 Berkawan dengan orang-orang yang bersemangat dan yang berjaya
Pilihlah jenis-jenis kawan yang sepatutnya dan tertentu. Jangan dibiarkan sama sekali berkawan dengan orang yang suka memberikan tanggapan dan gosip negatif tentang tindakan dan tugasan kita kerana kita akan lebih mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif dan yang merosakkan minda. Berkawan dengan orang yang berjaya dalam karier jualannya agar sekurang-kurangnya kita boleh terangsang dan memberikan sumber inspirasi kepada kita untuk melakukan yang terbaik. Makin ramai orang yang kita berkawan dengan orang-orang berjaya dengan disulami dengan pencarian ilmu-ilmu jualan, semakin perkemasan lagi diri kita untuk melakukan yang terbaik dan memastikan karier jualan kita berada di landasan menuju ke puncak kejayaan.


v.                   Tunjukkan betapa penting untuk kita capai
Kalau tugasan jualan kita lakukan tanpa bersungguh-sungguh dan tidak serius dengan apa yang kita lakukan ini bermakna kita tidak amanah pada diri kita sendiri. Tanpa kesungguhan, tanpa kemahuan dan tanpa kekuatan mental dan fizikal bermakna kita langsung tidak menunjukkan kepentingan diri untuk mencapai yang ingin kita capaikan selama ini. Sanggup menipu dan membohongi diri kita sendiri padahal kita ini adalah seorang yang pemalas dan tidak bertanggungjawab. Kerana itulah kegagalan sentiasa mengheret diri kita untuk mencapai kegagalan dari kejayaan. Tunjukkan juga setidak-tidaknya pada diri kita sendiri yang kita juga boleh dan mampu untuk melakukannya bagi mencapai apa yang kita mahukan dan idamkan selama ini.


vi.                 Minda selalu kena ‘charge’ sentiasa
Kadang-kadang minda kita amat memerlukan bahan-bahan yang boleh menaikkan semangat kita balik untuk berjuang melakukan jualan tanpa merasa tension dan tertekan yang bukan-bukan. ‘Charge’ kan minda kita dengan mencari buku-buku yang bercorak motivasi diri, membaca artikel-artikel atau buku-buku kejayaan, inspirasi seseorang tentang kejayaannya ataupun menonton filem yang boleh menaikkan semula semangat kita semula. 


vii.               Banyakkan berdoa memohon bantuan 
Hanya pada Allah tempat kita bergantung dan tempat kita mengadu domba. Perbanyakan doa memohon bantuan dan perlindungan agar apa yang kita sentiasa lakukan akan lebih banyak dipermudahkan dari disukarkan. Rugi rasanya jika kita sebagai seorang Islam tidak memohon bantuan dan pertolongan dari Nya.


Kekalkan momentum kita agar sentiasa stabil dan konsisten mendapatkan penutupan jualan hasil dari jualan yang tidak berhenti-henti dan tidak mengenal erti jemu dan putus asa. Hanya kesungguhan dan menjauhi sifat malas dan banyak memberi alasan akan mendatangkan satu keputusan yang terbaik bagi melaksanakan tindakan kita mendapatkan keputusan seperti mana yang diperlukan oleh kita semua. Yakin dan boleh pasti kejayaan yang akan didapati sampai bila-bila.












Read more >>

Rabu, 28 Mac 2012

JANGAN YAKINI DENGAN BERNASIB BAIK SAHAJA


Melakukan jualan untuk mendapatkan penutupan jualan kadang-kadang memerlukan nasib yang baik juga kepada kita tetapi pergantungan sepenuhnya kepada nasib jangan diharapkan sama sekali. Ini adalah kerana dalam Islam, kita semua dituntut untuk berusaha keras dan bersungguh-sungguh demi memastikan segala tindakan kita dan usaha kita mendapatkan imbuhan yang sepatutnya dan bukannya mengharapkan simpati orang lain ataupun bergantung nasib begitu sahaja semata-mata.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ‘Lebih baik seseorang itu membawa tali, lalu memikul seberkas kayu api dan menjualnya. Lalu dia memperoleh nafkah daripada usahanya dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain. Itu lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang’ (diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a)


Oleh itu sebelum kita bernasib baik sentiasa dan selalu adalah diharapkan agar tindakan-tindakan berikut dapat dilakukan dahulu sebelum nasib baik kita sentiasa menyebelahi diri kita iaitu


i.                    Tahu apa yang akan kita lakukan
Apa juga jenis pekerjaan yang kita lakukan kita perlu tahu apa yang kita buat dan lakukan. Begitu juga dalam jualan yang kita ceburi, jualan bukan bermakna main jual sahaja sesuka hati asalkan ada pembelinya sudah dikira mencukupi. Jualan memerlukan lebih dari segala-galanya dari pengetahuan asas, persiapan diri, pengalaman yang ditimba, memperbaiki skil dan seterusnya memahami kerenah dan kehendak pelanggan yang ditemui. Semakin kita mengetahui melakukan jualan semakin mahir kita mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki menyebabkan prospek/pelanggan semakin yakin ke atas kita.


ii.                  Berpengetahuan
Nak menjual kita kena tahu bukan setakat produk sahaja tetapi keadaan sekeliling, ekonomi semasa, kerenah dan gelagat prospek/pelanggan juga kita perlu ketahui sama. Bila mereka melihatkan keupayaan dan kebolehan kita seolah-olah kita ini serba tahu, prospek/pelanggan akan lebih merasa kagum dan cukup percaya akan keupayaan kita dalam melakukan jualan.


iii.                Konsisten
Jangan sekejap rajin sekejap lagi terasa malas pula nak melakukannya. Kena rajin dan berusaha menjadikan jualan rutin utama dalam pekerjaan kita melakukannya. Bila sudah konsisten melakukannya dan disedari dalam pasaran kehadiran kita maka semakin mudah nanti mendapatkan prospek/pelanggan pula. Semakin kita malas dan tidak menunjukkan kesungguhan, keyakinan prospek/pelanggan pasti akan berkurangan dan mula menjauhkan diri dari kita nanti.


iv.                 Ghairah
Ghairah, betul-betul bersungguh dan bernafsu melakukan jualan tidak kira apa juga rintangan, dugaan, cabaran dan dugaan yang mendatang dan yang perlu dihadapi. Tidak mudah patah semangat dan putus asa menjadikan dirinya sentiasa mahu mendapatkan pelanggan seramai yang boleh mengikut kemampuan kita sendiri. Biar apa orang lain kata asalkan di dalam hati dan pemikiran kita kejayaan juga yang pasti kita perolehi.


v.                   Tawakal
Banyakkan berdoa memohon bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Mohonlah kepada Allah SWT supaya segala-galanya dipermudahkan dan jangan disukarkan apa juga perbuatan kita melakukan jualan kepada sesiapa juga yang kita temui. Peliharalah kesihatan kita dan berilah kekuatan supaya lebih mudah untuk melakukan tugasan. Berilah kerajinan yang bersungguh dan jangan sama sekali menjadikan kita seorang insan yang suka mengeluh dan mengadu domba kepada manusia. Hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kita berlindung dan memohon segala-galanya.


InsyaAllah apa juga yang kita usahakan secara bersungguh dan berterusan tanpa henti dengan niat yang betul dan sentiasa mahu membantu orang lain, hasilnya pasti akan menjelma juga. Sentiasa perlu difahami bahawa memberikan manfaat kepada prospek/pelanggan melebihi dari manfaat apa yang bakal kita peroleh pasti hasilnya akan Allah balas juga kepada kita baik di dunia mahupun di akhirat. Sentiasa bernasib baik didalam jualan mesti dimulakan dahulu dari kita sendiri melakukan jualan sehingga boleh dikenali dan diketahui dalam pasaran. Hebahan mulut pelanggan-pelangan kita keatas sahabat handainya, kenalannya dan saudara maranya merupakan kuasa pemasaran paling hebat inilah yang akan banyak membantu diri kita ini sentiasa bernasib baik





Read more >>

Selasa, 27 Mac 2012

Oportuniti ada tapi buat tak reti pula......


Mungkin kerana terlalu leka atau mungkin kerana terlalu ghairah kadang-kadang kita yang mempunyai oportuniti dan peluang yang terhidang di hadapan mata boleh terlepas begitu sahaja. Alangkah kecewanya kita apabila dimaklumkan bahawa prospek tersebut tidak semena-mena telah menjadi pelanggan kepada rakan jualan yang lain. Bermulalah episod menyalahkan orang itu dan orang ini mengenai segala-galanya tentang kerugian yang ditanggung tetapi punca asalnya kehilangan prospek tersebut sebenarnya kesalahan dan kesilapan adalah datang dari diri kita sendiri.


Peluang-peluang yang ada kalau tidak dijaga dan diketahui dengan baik dan disedari pasti akan menimbulkan satu rasa kekecewaan yang amat sangat hanya disebabkan kita terlepas oportuniti dan peluang tersebut begitu sahaja. Antaranya adalah disebabkan


i.                     Kita tidak memikirkan dan melihat bahawa apa yang ada di hadapan kita adalah satu peluang yang sepatutnya kita tidak melepaskannya begitu sahaja

ii.                   Kita nampak ianya satu peluang yang terbaik buat kita tapi malangnya kita biarkan sahaja ia nya berlalu

iii.                  Amat mudah kita rasakan sehingga peluang yang ada kita masih buat tak tahu sahaja

iv.                 Prospek telah datang dan hadir kepada diri kita tetapi hanya disebabkan kita amat suka bertangguh ambil jalan mudah dalam tindakan dan pekerjaan kita sendiri langsung ianya hilang begitu sahaja

v.                   Nak berjaya kena banyak untuk mencuba tapi malangnya belum mencuba dah berikan pelbagai alasan yang tidak logik dan tidak mahu berubah melakukannya. Jadi macam mana nak tahu boleh berjaya atau tidak.

vi.                 Terlalu mengharapkan respons dari prospek/pelanggan dahulu untuk bertindak dan bukan sepatutnya kita yang melakukan jualan yang perlu bertindak terlebih dahulu

vii.                Ada yang dekat sibuk nak pergi jauh padahal yang dekat ini pun agak memadai untuk kita melakukan jualan sepertimana pepatah orang Melayu ‘Gajah depan mata tidak kelihatan, nyamuk di seberang pula yang nampak’.

viii.              Lebih suka melakukan tugasan di saat akhir sehingga dah ada orang lain sapu dahulu barulah terhegeh-hegeh nak cuba dapatkan prospek tersebut


Begitulah keadaannya kenapa kita asyik terlepas peluang mendapatkan pelanggan. Asyik tunggu dan lihat sahaja dari asyik melakukan jualan tanpa henti dan tanpa merasa jemu. Tidak akan ada peluang yang datang sebanyak dua atau tiga kali khas untuk kita dapat tetapi peluang yang ada walaupun hanya sekali sahaja kena pastikan tidak terlepas dengan mudah, senang dan begitu sahaja. Bila dah terlepas barulah rasa menyesal dan sakit hati. Bukan salah sesiapa sebenarnya tapi kena akui yang itu semuanya adalah salah dan silap dari diri kita sendiri. Pastikan selepas ini setiap peluang yang ada dan menjelma pada kita untuk cuba sedaya upaya dan kesungguhan dari diri kita sendiri agar tidak dilepaskan dengan begitu sahaja dan mudah dibiarkan ia pergi kepada orang lain. Berwaspadalah sentiasa supaya kita tahu yang mana satu peluang dan yang mana satu memberi kita kerugian.





Read more >>

Ahad, 25 Mac 2012

PENTINGNYA TENTANG KEFAHAMAN PADA PRODUK


Memahami dan mengetahui dengan mendalam tentang produk-produk yang ingin ditawarkan amat penting dalam melakukan jualan. Apabila kita benar-benar faham ciri-ciri dan kelebihan produk tersebut dan kita sudah mula menyenanginya dan menyukainya semakin mudah pula untuk kita menceritakan dan memaklumkan kepada prospek/pelanggan yang kita temui nanti. Kefahaman tentang pengetahuan produk amat dipentingkan supaya perbandingan dengan produk pesaing dapat dikenal pasti dan menangani bangkangan pula boleh dilakukan dengan baik dan secara berfakta tanpa perlu meninggikan suara serta mengawal emosi bagaikan seorang profesional yang melakukan jualan di hadapan prospek/pelanggan yang ditemui.


Terlalu banyak kelebihan kenapa mengetahui dan mencintai produk-produk yang ditawarkan perlu ada dalam diri kita kerana disebabkan antaranya


i.                     Lebih mudah melakukan jualan

ii.                   Tahu apa yang perlu dilakukan

iii.                  Kita akan lebih mengetahui apa kelebihan dan kekurangannya dahulu dari orang lain

iv.                 Sentiasa berwaspada dengan produk pesaing dan mudah mencari jalan penyelesaiannya mengatasi produk pesaing

v.                   Prospek/pelanggan lebih yakin kepada diri kita seolah-olah mereka berhadapan dengan seorang yang pakar dan mahir

vi.                 Tahu apa yang akan diperkatakan jika bangkangan jualan terjadi dan berlaku

vii.                Merasa yakin dan semakin tenang semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan

viii.              Tidak mudah mengaku kalah dan akan pertahankan kekuatan dan kelebihan produk yang kita tawarkan


Menurut Warren Buffett di dalam buku ‘Rahsia Pengurusan Warren Buffett’, mengatakan yang beliau dari awal lagi telah mempelajari tentang jurujual terbaik adalah mereka yang percaya dan yakin kepada produk mereka sendiri, iaitu dengan mereka yang ghairah kepada produk yang dijual oleh mereka. Sekiranya seseorang itu percaya dan ghairah kepada produk yang dijualnya, sudah tentu dia berminat dengan segala-galanya yang berkaitan, daripada baham pembuatannya sehingga kepada cara ia dikeluarkan. Bagaimanapun apa yang lebih penting, jurujual ini tahu cara terbaik penggunaannya dan pengetahuan sebegini benar-benar menarik hati pelanggan.


Begitulah pentingnya kenapa sebelum melakukan jualan pengetahuan produk amat dititikberatkan dan diutamakan oleh kita semua. Tanpa ada rasanya tahu dan ambil berat ke atas produk yang ditawarkan semakin sukar untuk kita melakukan jualan seperti mana yang diharapkan. Ingin mencintai produk perlukan pengetahuan dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk-produk yang ingin ditawarkan dan melakukan jualan. Selagi kita tidak dan belum mahir tentang sesuatu produk yang ditawarkan dan melakukan jualan sudah pasti prospek/pelanggan sampai bila-bila tidak akan yakin dengan jualan yang kita lakukan. Berusahalah mendalami ilmu tentang sesuatu produk tersebut sebagai satu tanda kesungguhan kita dalam melakukan jualan dalam memastikan sasaran yang diberikan dapat dipenuhi dengan mudah dan senang.





Read more >>