Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 31 Ogos 2014

BEBASKAH KITA SELAMA INI?




Telah  57 tahun negara kita bebas dari di jajah. Bebas dari di kuasai dan dikongkong oleh negara mana sekalipun yang penting rakyat dari negara sendiri yang mentadbirnya. Laungan ‘Merdeka’ di laungkan di serata tempat setiap kali hadir 31hb Ogos. Sehingga kini cukup merasa bangga pasti tersemat di dada masing-masing sebagai satu kepuasan dan pembuktian dalam diri kita bagi mencapai kemerdekaan. Tidak kira peringkat umur sudah pasti laungan tersebut pasti kedengaran dilaungkan dengan penuh semangat.

Pernah kah kita terfikir kan pula tentang diri kita? Adakah kita turut sama merdeka? Bebas dari di jajah dari anasir-anasir negatif yang telah membelenggu diri kita untuk bertindak lebih cemerlang mencapai kejayaan di samping menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Kadangkala mulut hanya pandai berbicara apa yang orang lain lakukan tapi malangnya apabila kita dituntut untuk melakukannya kita hanya diam membisu seolah-olah satu bebanan pula untuk kita melakukannya. Hasilnya mulut bijak berbicara tapi tindakan sepi membisu begitu sahaja.

Mengkritik, mengomen dan menunjukkan kelemahan orang lain cukup cekap kita tunjukkan. Umpama menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi bukan main lantang kita mengkritik tanda tidak puasnya hatinya kepada pemain pasukan yang kita gemari bila melakukan  kesilapan dan kesalahan. Agak-agaknya bagaimana keadaannya jika kita yang bermain di tempat pemain yang kita kritik tersebut? Mampu kah kita melakukannya seperti mana yang kita mahukan? Berfikirlah sebaik mungkin agar tidak mudah untuk kita kondem dan mengata yang bukan-bukan terutama kepada orang lain walaupun orang tersebut tidak mengenali diri kita.

Berubah segera merdekakan diri kita dari terus-terusan melakukannya. Sepatutnya apa yang berlaku dan terjadi ambillah sebagai satu pengajaran dan iktibar untuk diri kita. Yang baik kita ambil yang tidak baik kita jauhi jangan melakukannya. Merdeka untuk lebih cemerlang mencapai kejayaan di samping menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT ini matlamat utama kita. Lakukan walaupun sedikit tapi secara konsisten dan berterusan pasti lama-kelamaan naik mendadak seperti membina sebuah gunung. Benda yang baik memang sukar dan payah untuk dilakukan tapi kalau dilakukan sudah pasti tercapai juga akhirnya. Mohonlah pada Allah agar sentiasa dipermudahkan dan disenangkan segala tindakan yang kita lakukan selama ini. Bukan kerana merdeka tapi inilah semangat dan perbuatan yang perlu kita lakukan sampai bila-bila sebelum Allah menutup mata kita.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 57.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan