Adakah kita melakukan perkara sebegini apabila penutupan jualan berjaya
diperoleh?
i.
Bersyukur ke hadrat Allah
akhirnya ada juga pelanggan yang bersetuju menerima tawaran yang dikemukakan?
ii.
Menghargai pelanggan
tersebut dengan perkataan ‘Terima kasih’ kepada nya di atas kesudian beliau
menerima tawaran?
iii.
Memaklumkan segala
kelebihan, keuntungan dan ciri-ciri produk tersebut yang sepatutnya secara
mendalam untuk diketahui oleh pelanggan.
iv.
Terbuka hati sentiasa bertanya
kalau terdapat apa-apa lagi bantuan dan pertolongan yang perlu dihulurkan pada
produk yang diterima.
v.
Menunaikan segala janji
yang perlu di tepati ketika presentasi dilakukan kepada pelanggan
vi.
Adakah semakan yang
menyeluruh telah dilakukan seperti yang telah kita perkatakan mengikut
spesifikasi produk semasa pelanggan menerimanya?
Jangan terlalu ghairah bila berjaya
mendapatkan persetujuan mereka menerima tawaran terlebih dahulu atau telah
mengira-ngira berapa banyak keuntungan dan perolehan bakal diterima. Bersabar
dahulu lakukan perkara-perkara di atas terlebih dahulu selesaikan apa yang
sepatutnya. Walaupun pada permulaan pelanggan telah bersetuju untuk menerimanya
tidak mustahil pula selepas itu beliau boleh menolaknya pula. Berhati-hati
dengan tindakan agar proses jualan boleh diselesaikan dengan baiknya mengikut
turutan proses tersebut. Dah berjaya pun masih kena bersabar lagi lakukan
perkara-perkara yang sewajarnya bagi menjaga nama baik kita, produk, jenama dan
pengeluar produk tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan