Elok kalau di amalkan ketika berinteraksi atau ketika memberikan
persembahan. Tiba-tiba membisu seketika ketika menjual. Bukan kerana tersentak
atau panik tapi sekurang-kurangnya memberi banyak ruang kepada kita dan mereka
memberikan satu keputusan yang di mahukan. Per banyakkan bersabar dan tenang
dalam melakukannya. Jangan gopoh dan tergesa-gesa tapi beri tumpuan sewajarnya.
Bukan di tuntut buat bodoh sahaja tapi kena membisu seketika dan sekejap
sahaja bagi tujuan
i.
Beri peluang mereka berfikir sama ada
mereka faham atau tidak apa yang kita sampaikan. Sekurang-kurangnya kita turut
memahami di peringkat mana yang masih belum difahami mereka dan untuk kita
ulang semula beri kefahaman sewajarnya.
ii.
Beri ruang pada mereka untuk mula
berinteraksi secara dua hala. Ada sesi mencelah dibenarkan agar memudahkan
mereka kemukakan persoalan-persoalan yang sepatutnya. Lagi banyak soalan yang
di kemukakan lagi banyak yang boleh di fahami oleh mereka dan kita.
iii.
Sekurang-kurangnya kita boleh fikirkan apa
tindakan selanjutnya. Tidaklah nanti kita terlalu merapu atau panik yang
bukan-bukan. Susun strategi yang memberi keyakinan dan kefahaman kepada mereka
mendapatkan kepercayaan dan minat mereka pada produk yang ditawarkan.
iv.
Sememangnya keadaan dan situasi yang
dihadapi boleh memberikan satu ruang dan peluang yang melegakan pada kedua-dua
pihak. Sudah tentu keharmonian ketika berinteraksi dapat di kekalkan sehingga
penghujung pertemuan nanti.
v.
Elakkan kepentingan diri sendiri bagi
memberikan banyak peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih mendalam lagi.
Sekurang-kurangnya kita akan lebih memahami apa yang mereka cari dan mahukan
untuk disesuaikan dengan produk yang ditawarkan.
Jangan gopoh dan jangan melatah yang bukan-bukan. Tindakan yang wajar perlu
dilakukan oleh memberikan kesan dan impak yang baik pada ketika kita melakukan
jualan kepada mereka. Penawaran yang baik dan memuaskan hati mereka sudah pasti
memberikan yang terbaik buat mereka untuk lebih terpesona, yakin dan kepuasan
terhadap apa yang ditawarkan. Sekurang-kurangnya tidaklah kita panik yang
bukan-bukan ketika kita menjual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan