Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 17 Ogos 2014

MERISAUKAN PEMBELI UNTUK MENERIMANYA




Ada sahaja perkara-perkara yang menakutkan pada bakal pembeli untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Menjadi lumrah alam tiada siapa pun yang mahu ditipu apa tah lagi boleh di jual beli begitu sahaja. Semuanya cukup berhati-hati sebelum tawaran boleh diterima atau membeli. Asalkan boleh menguntungkan dan boleh dimanfaatkan sudah semestinya cukup mudah untuk diterima. Inilah yang perlu kita ketahui sebelum menjual agar bakal pembeli tidak mudah merasa ditipu atau dipermainkan.

Senario yang dimaklumkan bukan satu fenomena baru buat kita hendak menjual. Meletakkan diri kita dalam situasi mereka amat diperlukan agar kita boleh dan lebih mengetahui apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini. Tanpa kita memikirkan apa keperluan mereka sudah pasti sampai bila-bila kita tidak akan ketahui apa yang dicari dan dimahukan oleh mereka. Ambil masa sedikit tak perlu berjam-jam lamanya bagi menyelidik apa yang bakal pembeli mahukan dari kita. Latar belakang tentang apa juga yang berkaitan perlu diselidiki dengan baik sama sekali.

Dengan mengetahui apa jua perkara-perkara yang bersangkutan menakutkan mereka ini sudah pasti tindakan kita akan lebih berhati-hati dan ketahui apa tindakan sewajar dan sebenarnya yang mereka mahukan. Antara perkara-perkara yang ditakuti ini adalah

i.             Penawaran yang dilakukan tidak sampai atau memenuhi apa yang mereka mahukan dan inginkan selama ini. Kalau ambil pun sudah pasti tidak menyelesaikan masalah mereka.

ii.           Nilai tambahan terlalu sedikit dan memerlukan ada keuntungan lagi dan lagi yang mereka harapkan dari satu produk yang bakal mereka terima nanti.

iii.          Terlalu membawa kepada risiko kerugian yang terlalu tinggi pula sehingga keuntungan dan kelebihan yang ada pada produk tersebut langsung tidak ada kelihatannya.

iv.          Masih merasa cukup meragukan dengan kurangnya maklumat yang diberikan walaupun kita yang menjualnya habis air liur memberikan presentasi kepada mereka. Seolah-olah personal touch perlu ada pada mereka seperti ini.

v.            Amat menakutkan menjadi satu kebimbangan dan kerisauan pada mereka untuk masih tidak menerima produk yang ditawarkan seolah-olah solusi yang diberikan tiada jalan penyelesaiannya

vi.          Masih tidak mampu untuk berlapang dada menerima apa yang ditawarkan walaupun pelbagai promosi diberikan kepada mereka.

vii.        Mudah berasa hati seolah-olah kita mahu per mainkan mereka sahaja.

viii.       Ketaatan mereka kepada produk pesaing menjadi satu batu penghalang buat kita yang menjual seolah-olah produk pesaing adalah yang paling baik di dunia ini.

Hadapilah dengan semangat dan berlapang dada dengan apa yang dilalui. Bukan semua yang ditawarkan seperti kacang putih untuk mudah orang lain menerimanya. Setiap apa yang dilalui sudah pasti ada cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh. Penting kepada usaha untuk melakukannya. Hendak seribu daya tak mahu pula akan keluar pelbagai helah dan alasan akan diberikan. Ikhlas dan berkata benar dengan apa yang kita mahu tawarkan agar hati mereka akan lebih terpikat dan terpesona dengan apa yang kita lakukan dan tawarkan pada mereka. Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan