Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 24 Ogos 2014

CIPTA DIRI MENJADI SEORANG DERMAWAN





Sabda Rasulullah SAW ‘Dermawan yang pemurah itu hampir kepada Allah, hampir kepada syurga, hampir kepada manusia, jauh daripada neraka. Dan orang yang bakhil itu jauh dari pada Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, hampir kepada neraka. Dan orang yang jahil yang pemurah lebih di sukai Allah daripada orang yang alim yang bakhil’ (Hadis Riwayat Tirmizi).

Sesuatu yang perlu di praktik kan sampai bila-bila. Nak mencapai kejayaan dunia dan akhirat kena sanggup korbankan harta kita mengikut kemampuan diri sendiri. Sentiasa beringat bukan semua yang di miliki adalah 100% kepunyaan kita, mungkin ada sebahagiannya adalah hak orang lain yang perlu kita beri atau serahkan kepada mereka. Jangan terlalu berkira dan kedekut pula hanya kerana takutkan harta kita akan kehabisan. Kedekut ini bukan kira siapa dia sama ada orang biasa ataupun seorang yang alim kalau terlalu mengikut hawa nafsu sehingga tidak menghiraukan orang lain sudah pasti apa juga kejayaan yang di ingini akan di sekat Allah. Kalau tidak di dunia, di akhirat nanti sudah pasti.

Perlunya untuk kita menjadi seorang dermawan berlapang dada untuk memberinya adalah kerana

i.             Mungkin ada orang yang lebih memerlukan dari diri kita sendiri

ii.           Lagi banyak kita berikan lagi banyak kita mampu gembirakan hati si penerimanya

iii.          Tanda kesyukuran kita terhadap Allah yang tidak pernah putus-putus menganugerahkan rezeki kepada kita.

iv.          Kita tolong orang sudah pasti orang akan terlalu sudi untuk membantu kita terutama sekali ketika kita dalam kesusahan pula

v.            Hidup umpama roda. Sekejap kita di atas sekejap pula kita di bawah. Semasa di atas rajinkan untuk bersedekah untuk menampung keadaan kita pula ketika di bawah.

vi.          Hidup semakin diberkati dan jiwa semakin tenang terutama dalam menghadapi apa juga musibah, kecelakaan, rintangan dan masalah yang di hadapi.

vii.        Orang semakin hormat dan respect kepada kita tanpa kita sedari pun

viii.       Setiap pekerjaan yang di lakukan semakin ikhlas hati dan jiwa kita

ix.         Semakin banyak kita menderma semakin banyak Allah hulurkan bantuan dan pertolongan kepada kita.

x.           Semakin banyak memberi semakin di murahkan rezeki

Belajar untuk elakkan risau, bimbang dan takut harta kita habis. Allah pasti menggantikannya cuma tidak ketahui tempuh masanya itu adakah cepat ataupun lewat. Selagi kita yakin yang Allah sentiasa akan membantu hambanya selagi itulah jangan kita risau kan pula. Jangan sampai kita di cop sebagai Haji Bakhil oleh sesiapapun juga. Kita hidup bermasyarakat dan bukannya hidup seorang diri dalam kamar tidur sahaja. Satu formula bagaimana dengan menderma tapi boleh menghasilkan kejayaan dalam kita melakukan jualan. Lagi banyak kita berikan sudah pasti lagi banyak yang mampu untuk kita peroleh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan