Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 27 Ogos 2014

BILA DAH MALAS




Bila ada peluang pergunakan segera. Hidu cepat segala oportuniti yang berada di hadapan mata kita. Jangan main agak-agak atau main tak apa sahaja dikhuatiri nanti akan terlepas begitu sahaja segala peluang yang terhidang dan terbuka buat diri kita. Kerana kelalaian dan sikap tidak mengambil berat sudah pasti yang ruginya adalah diri kita sendiri. Adakah ini yang kita mahukan? Tidak kah ada sedikit rasa tanggungjawab dan bersalah atas kegagalan kita menyedari apa yang telah kita lakukan? Tepuk dada tanyalah selera. 

Bila lambat bertindak sudah pasti perkara berikut akan kita hadapi

i.             mudah hilang bakal pembeli

ii.           orang lain akan cepat bertindak pantas hanya kerana kelemahan diri kita sendiri

iii.          hilang kepercayaan orang lain pada kita 

iv.          nampak sangat kita ni seorang yang pemalas orangnya

v.            tidak menjaga karier kita dalam bidang jualan

vi.          lebih banyak kesusahan dari kesenangan yang bakal kita hadapi nanti

vii.        mudah hilang mood untuk melakukan jualan

Kalau ini lah yang ada dalam diri kita sudah pasti tidak ke mana segala usaha dan tindakan kita. Yang ruginya nanti adalah kita sendiri dan bukannya orang lain pun. Hal yang demikian eloklah segera kita berubah dan perbetulkan demi kebaikan diri kita sendiri. Tiada orang yang sanggup berubah demi orang lain melainkan diri sendiri. Tak salah pun berubah, yang salahnya jika sampai sekarang masih tidak mahu berubah-ubah lagi. Buanglah sikap malas kita itu kerana yang untungnya nanti bukannya orang lain pun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan