Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 12 Ogos 2014

PERHIDMATAN YANG TERHEBAT..... LAKUKAN




Memberikan tahap perkhidmatan yang hebat sudah pasti mampu memberikan jualan yang baik kepada kita. Bukan kerana diri kita atau produk yang ditawarkan tapi bagaimana tahap perkhidmatan yang boleh kita berikan andai kata kita mahukan bakal pembeli atau pelanggan menerima tawaran yang dikemukakan. Semuanya berkehendakkan bagaimana kita dapat memudahkan dan menyenangkan mereka lagi untuk berurusan dengan kita walaupun tawaran produk telah diterima dan disambut baik oleh mereka.

Dalam memastikan kualiti tahap perkhidmatan kepada pelanggan memuaskan hati mereka, terdapat beberapa langkah yang perlu untuk di ketahui dan dilakukan. Antaranya adalah

i.             Konsistensi dalam menawarkan tahap perkhidmatan yang terbaik.

ii.           Tonjolkan personaliti kita yang sentiasa memegang janji yang diperlukan oleh mereka.

iii.          Bersedia untuk menerima segala teguran, pandangan dan nasihat dengan hati yang terbuka berlapang dada dalam apa keadaan sekali pun.

iv.          Berlapang dada menerima apa juga keadaan yang berlaku dan terjadi walaupun dimarahi, dimaki dan dihamun sewenang-wenangnya

v.            Setiap permasalahan yang dihadapi berikan solusi yang sepatutnya walaupun kecil pada pandangan kita.

vi.          Berikan fokus yang sewajarnya dengan membina perhubungan keakraban dan keintiman yang baik kepada mereka tanpa mengira status dan taraf kehidupan.

vii.        Berbudi bahasa dan berhemah sentiasa dengan sering menggunakan perkataan-perkataan seperti berikut

ü Minta tolong

ü Apa yang boleh saya bantu

ü Mohon tunggu sebentar dalam saya mencari jalan penyelesaian masalah encik

ü Terima kasih atas kesabaran encik

ü Terima kasih kerana menghubungi kami

ü Mohon kemaafan di atas apa yang terjadi

ü Maklum balas Encik amat bermakna buat kami

viii.       Cipta pengalaman pelanggan sebagai satu kejayaan buat kita dan mereka

ü Hargai apa yang dilalui

ü Dengar dengan teliti

ü Maklumkan sebaik yang mungkin

ü Berikan solusi sewajarnya

ü Per mudahkan bukan menyukarkan

ü Bertindak di luar pemikiran mereka

ü Berikan penghargaan ketika penghujung perbualan atau pertemuan

Selagi kita memberikan khidmat kepada pelanggan selagi itulah etika dalam menjual perlu dikekalkan. Perkhidmatan selepas jualan juga penting seperti mana perkhidmatan kita semasa mula dan sedang menjual. Jangan abaikan mereka kerana dari mereka hasil darinya boleh kita peroleh. Niat membantu dan menolong kena ada walaupun mereka telah pun menjadi pelanggan tetap dan setia kita. Selagi kita bernafas selagi itulah kita kena jaga tahap perkhidmatan kita sepatutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan