Bekerjalah dengan sebaik-baiknya. Lakukan dengan bersungguh dan gigih
memastikan apa yang dilakukan boleh dicapai walaupun terdapat pelbagai
rintangan, cabaran dan masalah yang timbul. Biarlah apa yang orang boleh
perkatakan namun itu semua adalah perkara biasa yang perlu kita hadapi dengan
ketabahan yang ada. Paling utama setiap usaha yang dilakukan adalah dengan cara
yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah dan keletihan yang perlu
kita lalui.
Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW bersabda ‘Allah sangat menyukai mana-mana hambanya
yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh’ (Hadis Riwayat Baihaqi). Rasulullah
sendiri telah menyatakan bahawa setiap usaha yang dilakukan tidak kira
pekerjaan apa sekalipun yang tidak bertentangan dan berlawanan dengan syarak
perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tiada istilah curi tulang atau
mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Apatah lagi melakukan secara
menipu atau berbohong demi memuaskan nafsu sendiri demi kepentingan peribadi.
Semuanya dilakukan dengan hati yang terbuka secara bersungguh-sungguh dan
gigih melakukan sebaik mungkin demi mencapai apa yang dimahukan. Inilah satu
pegangan perlu ada dalam diri kita agar memperlakukan tugasan secara
bersungguh-sungguh sudah pasti mendapat ganjaran bukan sahaja di dunia tetapi
di akhirat sama. Bukan mengharapkan atau menyalahkan takdir sahaja tanpa satu usaha
yang gigih perlu dilakukan.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda ‘telah berfirman Allah SWT kepada malaikat
pembahagi rezeki kepada Bani Adam : manakan hamba Ku yang kamu temui
menunjukkan harapannya kepada Aku semata-mata, maka jamin kan rezekinya langit
dan bumi. Dan mana satu hamba ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya,
sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya,
tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan
apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada
apa yang telah Aku tentukan untuk mereka’ (Hadis Riwayat Abu Naim).
Lakukanlah setiap tugasan secara bersungguh-sungguh. Biarpun penat dan
letih sekalipun mencari rezeki dan sesuap nasi sebagai bekalan hidup namun kesungguhan
perlu diutamakan. Rezeki takkan datang bergolek andai kata tiada usaha yang
dilakukan. Setakat berdoa dan merancang sahaja tapi tiada tindakan sudah pasti
tidak ke mana. Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Semakin hebat
kita berusaha semakin hebatlah juga hasil yang mampu untuk kita kecapi.
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang dilakukan pasti
ada ganjarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan