Bakal pembeli atau pelanggan pasti meluat dan merasa kecewa andai kata
mereka dapati yang kita sering kali suka
melengah-lengahkan tindakan sepatutnya. Sepatutnya boleh dihabiskan dengan awal menjadi tergendala
yang kerana sikap kita yang tidak bersungguh untuk menyelesaikannya segera.
Semuanya hanya disebabkan hasil tindakan bodoh kita yang suka sangat mencari
helah untuk tidak segerakan apa yang mereka mahukan.
Tidakkah ini satu hari nanti akan membusukkan nama kita juga hanya kerana
sikap kita yang suka melengah-lengah tugasan. Dengan mudah dan senang sudah
pasti suatu hari nanti kita akan kehilangan bakal pembeli atau pelanggan. Satu
kerugian yang pastinya memberi impak yang cukup besar kepada diri dan karier kita
sendiri.
Kenapa sikap sebegini berlaku dan terjadi hanyalah kerana
i.
Masih tidak mengerti di mana keutamaan tugasan
kita
Memang
pepatah mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Namun apabila ada
jalan yang diperoleh langsung tidak pula kita ketahui bagaimana nak
melakukannya. Inilah padahnya jika sesuatu tindakan yang mahu kita lakukan
langsung tiada perancangannya. Semua dilakukan mengikut gerak hati main lakukan
jualan ikut mana yang sempat sahaja. Traffic Light pun ada ketikanya warna
merah, kuning dan seterusnya hijau tapi kerja kita langsung tiada sistematik
sehingga keutamaan tugasan dirasakan sama penting dengan tugasan yang lain.
ii.
Semuanya nak dilakukan serentak
Tangan dua
sahaja tapi semuanya nak dilakukan tanpa memikirkan keupayaan dan kemampuan
diri sendiri. Tamak adalah punca segala-galanya sehingga terlupa akan di mana
keupayaan dan kemampuan sebenar kita. Terlalu asyik rasa boleh melakukannya
sehingga apabila menjadi banyak pening kepala pula untuk melakukannya. Mulalah migrain
dan berdenyut-denyut kepala pula yang muncul tiba-tiba.
iii.
Terlalu sibuk dengan orang lain
Sikap
terlalu sibuk dengan kejayaan orang lain terutama rakan setugas kita menjadikan
jiwa kita tidak tenteram sehingga kita sebenarnya telah abaikan tugasan sebenar
kita. Hanya kerana berdengki dan berdendam kita sibuk sangat nak tengok mereka
jatuh dan biarkan mereka tersungkur di hadapan mata kita. Kita sibukkan perkara
sebegini dari memikirkan tentang tugasan utama kita.
iv.
Sikap tidak mengapa
Semuanya nak
ambil mudah sahaja tanpa fikirkan apa kah tugasan yang perlu kita lakukan telah
diselesaikan ataupun tidak. Asyik tak mengapa sahaja sehinggakan setiap yang
penting itu pun dianggap satu tindakan yang sama sahaja. Tak ambil berat, main
mudah dan malas menjadi mainan dalam hidup kita jika ini yang diamalkan.
Perbaikilah segera jangan diabaikan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Komitmen diri perlu dijaga bukan untuk di jaja oleh orang lain mengatakan kita
adalah seorang yang teruk tidak mengambil berat dalam tugasan kita dalam
melakukan jualan. Tahap perkhidmatan terbaik kepada mereka perlu kita jaga dan
pelihara. Setiap janji yang diberikan perlu ditunaikan mengikut apa yang telah
diperkatakan. Lakukan yang terbaik dan elakkan sama sekali sikap suka melengah-lengahkan tindakan
walaupun pada akhirnya kita lakukan juga. Masa amat penting pada mereka yang
perlu kita lakukan untuk menjaganya sebagai satu amanah yang perlu ditunaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan