Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 14 Ogos 2014

BUKTIKAN APA YANG KITA LAKUKAN




Di sekolah pasti guru akan menuntut anak muridnya untuk membuktikan bahawa kerja rumah yang disuruhnya semalam telah dilakukan dengan jayanya. Habis semua anak muridnya akan mengeluarkan segala buku latihan membuktikan yang mereka telah melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Menunjukkan tiada keingkaran dalam melawan perintah yang diberikan. Begitulah taatnya sang murid yang belajar kepada gurunya akan memberikan ketaatan dan komitmen yang sebenar-benarnya kepada guru yang menyuruhnya.

Sebenarnya tidak terkecuali juga dalam melakukan jualan. Segala apa yang kita persembahan dan memberi presentasi kepada mereka yang pasti kena tunjukkan kerja kita melalui kesungguhan, keikhlasan dan ketelusan kita bukan memberikan harapan palsu dan bukan-bukan. Semuanya perlu dibuktikan yang kita adalah serius dengan apa yang dilakukan.

Bagi membuktikan apa yang dilakukan dalam menjual adalah betul dan benar dengan apa yang kita perkatakan ini adalah dengan membuktikan bahawa

i.             Testimoni pengalaman pelanggan-pelanggan kita yang telah berurusan dengan kita dan keberkesanan menggunakan produk yang di terimannya

ii.           Sentiasa merujuk senarai nama-nama pelanggan yang menjadi kenalan kepada pihak pembeli yang berinteraksi dengan kita

iii.          Kepuasan mereka matlamat utama kita dalam menjual

iv.          Tidak perlu bersumpah tapi cukuplah sekadar keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada mereka mempercayainya

v.            Berikan solusi bukannya menyusahkan lagi dan lagi pada mereka

vi.          Berpegang teguh dengan apa yang dibicarakan

vii.        Memastikan segala janji adalah ditepati dan dipenuhi

Lembu dipegang menerusi talinya tapi bagi manusia kena berpegang kuat dengan janjinya pula. jangan permain kan apa yang telah dijanjikan tetapi lakukan sebaik mungkin memastikan apa yang dijanjikan di tunai dengan sebaik mungkin. Bukan untuk mempermainkan tapi berpegang sungguh dengan apa yang diperkatakan. Dapatkan kepercayaan mereka dan yakin atas apa yang kita lakukan selama ini pada pandangan dan pemerhatian mereka kepada kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan