Majoriti mengatakan orang yang menjual pasti nak dapatkan income yang tinggi memperoleh pendapatan
dan ganjaran se maksimum yang termampu jika dibandingkan dengan orang yang
makan gaji atau berpendapatan tetap. Semuanya bersangka yang bukan-bukan pada
orang yang menjual kerana inilah realiti sebenar yang perlu kita hadapi. Tidak
kira baru bermula atau pun sudah dikira cukup otai namun persepsi orang ramai
tidak mampu untuk ditolak lagi. Segala tohmahan perlu dihadapi dengan berlapang
dada pada kita yang menjual.
Fahami segera pada kita yang menjual. Bukan sekadar menjual untuk mendapat
dan menambahkan pendapatan tapi sebenarnya terlalu luas skop kita yang
melakukan jualan. Apa yang dimaksudkan dengan bukan sekadar menjual sahaja
adalah kerana
i.
Kita sebenarnya menghulurkan bantuan dan
pertolongan pada mereka yang memerlukan produk yang ditawarkan bagi tujuan
untuk menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi.
ii.
Memberikan ilmu pengetahuan dengan lebih
mendalam lagi kepada mereka yang berminat untuk mengetahui produk yang
ditawarkan. Selagi ilmu tidak disampaikan sudah tentu kefahaman mereka tidak ke
mana.
iii.
Per mudahkan dan menyenangkan mereka untuk
peroleh produk yang ditawarkan mengikut kesesuaian dan kesenangan mereka
peroleh produk yang ditawarkan. Jangan disukarkan tapi disenangkan setiap cara
dan kaedah yang diberikan.
iv.
Lagi ramai yang ditemui lagi banyak
silaturahim terjalin antara kita dan mereka di luar sana. Bukan berkempen untuk
menjadi wakil rakyat memerlukan sokongan ramai tapi satu cara mudah semakin
ramai dikenali semakin mudah untuk melakukan jualan.
v.
Semakin banyak produk yang ditawarkan di pasaran
semakin memudahkan lagi untuk kita mendapatkan keuntungan dan perolehan yang
diidam-idamkan. Ganjaran dan imbuhan tambahan dari pengeluar produk di atas kebolehan
dan kehebatan kita melakukan jualan mungkin boleh diterima tanpa kita duga
seperti hadiah penghargaan, melancung ataupun bayaran bonus.
vi.
Melakukan setiap tugasan hanya kerana Allah
SWT. Bukan setakat untung di dunia sahaja tetapi untung juga apabila di akhirat
kelak. Untung dua dalam satu pekerjaan semuanya bergantung kepada niat dan
keikhlasan kita melakukannya.
Berilah yang terbaik. Niat yang baik sudah pasti tindakan yang ditunjukkan
akan memberikan impak yang baik juga kepada mereka yang memerlukannya. Selagi
kita ikhlas melakukannya apa orang lain perkatakan jangan dihiraukan. Bertindak
mengikut apa yang di rancangkan agar setiap jualan kita mudah menjadi kenyataan
pada akhirnya nanti. Sentiasa berhemah dan bersopan walau dengan siapa pun juga
kita bertemu dan berinteraksi dengan mereka. Bersungguh untuk melakukannya
sudah pasti ganjaran dan imbuhan akan menjelma juga pada akhirnya juga.
Yakinilah dengan apa yang dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan