Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 26 Ogos 2014

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN




Pelanggan datang dan pergi. Sesenang datang untuk hadir melihat sendiri produk yang dicarikan dengan apa yang kita tawarkan semudah itulah mereka akan lenyap begitu sahaja. Di masa kini mencari maklumat dan informasi yang dimahukan semudah melayari laman sesawang sahaja atau mencari komen dari orang ramai tentang produk yang diminatinya. Betapa senang dan mudahnya mereka mendapatkan apa sahaja yang dimahukan dengan menaip apa bentuk produk sekalipun hanya meminta bantuan dari Google atau Yahoo sahaja. Semuanya dengan pantas dan cepat segala maklumat yang di mahukan pasti menjelma di hadapan komputer atau telefon bimbit mereka begitu sahaja.

Pilihlah sewenang-wenangnya hanya melayari Internet sebelum membuat keputusan sama ada mahu atau tidak untuk membelinya.  Betapa mudahnya mendapatkan pengetahuan produk tanpa perlu bantuan dari mana-mana jurujual dan penerang produk yang boleh memberikan kefahaman yang jitu. Segala spesifikasi, jenis, jenama, bentuk dan sebagainya bagai berada di hujung jari sahaja untuk mendapatkannya.

Inilah peranan kita yang melakukan jualan secara konvensional yang masih memerlukan bertemu bakal pelanggan secara bersemuka atau berinteraksi dengan mereka. Tak perlu berikan mereka pandai dan faham tentang apa produk yang ditawarkan cukuplah dengan mencipta hubungan yang baik dan akrab terlebih dahulu. Hubungan yang baik pasti akan menanamkan kepercayaan mereka terhadap kita memudahkan lagi mereka menerima produk yang ditawarkan dengan cara

i.             Per banyakkan soalan yang membolehkan kita tahu apa sebenarnya mereka cari selama ini untuk kita sesuaikan dengan produk yang ditawarkan.

ii.           Bina kredibiliti kita di hadapan mereka untuk hulurkan sebarang bantuan yang diperlukan bagi memudahkan lagi proses menerima akan apa yang ditawarkan

iii.          Pastikan setiap janji mesti dipenuhi walaupun berjanji untuk bertemu di masa hadapan. Setiap janji yang diberikan perlu dikotakan kerana sekali kita memungkiri janji sampai bila-bila mereka tidak akan percayai lagi tindakan kita

iv.          Tunjukkan kesungguhan dan komitmen kita pada mereka agar komitmen mereka boleh pula kita peroleh

Jangan buang masa dan mendabik dada mengatakan kita tahu segala-galanya tentang produk yang ditawarkan andai kata jalinan hubungan dengan mereka tidak dapat kita genggam. Sia-sia sahaja kehebatan kita dalam mengetahui produk sebagai seorang pakar andai kata nak menjual pun masih gagal dan mendapatkan kepercayaan mereka. Belajar membina hubungan dan silaturahim secara akrab dan intim agar kepercayaan dan keyakinan mudah untuk diperoleh. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah “Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya (kebaikannya) maka jalinkanlah silaturahim” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Terlalu banyak hikmahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan