Menggembirakan seseorang amat dituntut dalam Islam. Kalau kita ingin
merasakan gembira tindakan pertama yang perlu di ambil adalah memastikan orang
lain perlu bergembira dahulu disebabkan oleh tindakan kita. Sememangnya dalam
jualan bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap diri kita
kegembiraan yang kita berikan perlu ditonjolkan kepada mereka. Secara logik
akal, mana ada orang yang hendak percaya dan yakin pada seseorang jika
kehadirannya boleh memberikan satu tekanan pula kepada dirinya pula. Semuanya
bergantung bagaimana kita boleh menggembirakan seseorang terlebih
dahulu.
Ambillah tindakan yang positif dan memudah orang yang kita temui untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengannya. Mendapatkan kepercayaan mereka
terhadap kita perlu bagi kita menimbulkan kegembiraan mereka
terlebih dahulu. Mungkin
tindakan-tindakan sebegini mampu untuk kita lakukan terhadap mereka iaitu dengan
cara
i.
Mengujudkan
suasana yang harmoni, ceria dan tenang
Jangan
serabutkan kepala mereka. Lakukan secara berhemah dan bersopan. Mata kena liar
sedikit mencari apa yang ada di sekelilingnya untuk dijadikan topik
perbincangan awal dengannya. Jangan mulakan dengan jualan dahulu tapi ketahui
apa hobinya, minatnya atau kegemarannya. Relak kan dahulu fikiran kita dan
mereka agar bila tiba waktu yang dirasakan sesuai terus-terusan sahaja boleh
melakukan jualan
ii.
Bergurau
senda kena pada tempat dan waktunya
Berikan
serba sedikit humor dan jenaka yang berpatutan yang berkaitan tentang apa juga
peristiwa yang berlaku dan terjadi tentang kita atau keadaan sekeliling.
Menghidupkan suasana yang ceria dan menggembirakan pasti akan lebih mudah untuk
kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang lebih sihat dan harmoni lagi.
Jangan menimbulkan kemarahan atau mencari fasal yang bukan-bukan.
iii.
Beri
peluang meluahkan perasaannya kepada kita
Banyakkan
bertanya kurangkan bercakap dan biarkan sahaja mereka yang bercakap lebih
banyak dari kita. Cipta soalan-soalan yang mampu menarik minat mereka untuk
menjawab segala pertanyaan kita dengan panjang lebar pun tidak mengapa. Selagi
mereka mahu bercakap mengikut skrip soalan kita semakin mudah untuk kita
ketahui apa yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka.
Penting sesangat ambil tindakan jangan mudah menimbulkan kemarahan dan
kebencian orang terhadap
kita bila melakukan pertemuan dan memulakan interaksi. Tindakan pertama perlu
betul agar boleh berakhir dengan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak di
hujungnya. Bersama dengan penuh keyakinan boleh melakukannya agar segala
perasaan panik, gusar dan bimbang boleh diatasi dengan sebaik yang mungkin.
Sasarkan untuk menggembirakan seseorang terlebih dahulu sebelum kita boleh
bergembira dengan penerimaan mereka terhadap penawaran kita. Berusaha lebih
agar hasilnya boleh lebih juga di hujung pertemuan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan