Sememangnya untuk
mendapatkan hasil yang terbaik dan diharapkan sesuatu tindakan yang luar biasa
perlu dilakukan. Sebelum tindakan yang luar biasa boleh dilakukan bermakna
perlukan untuk kita berfikir di luar kotak. Kreativiti dan pemikiran yang di luar
dari apa yang kita fikirkan perlu ada agar kita lebih mudah untuk mencari
tindakan-tindakan yang baru lebih kreatif dan bersesuaian yang mampu menjana
hasil yang dimahukan.
Ada kalanya kita perlu
berfikir di luar kotak. Berfikir dari kebiasaan bagi mendapatkan satu cetusan idea
lain dari yang lain yang masih mampu untuk kita lakukan. Walaupun kadang-kadang
nampak lawak atau gila-gila idea tersebut tapi masih lagi boleh di kategori
tidak salah untuk melakukannya. Semuanya bergantung atas kemampuan kita untuk
melakukannya sama ada boleh atau tidak. Jangan berikan pelbagai alasan seperti
‘tak apa’, ‘mudah sahaja’ atau ‘orang lain tak pernah buat pun’ kerana
dikhuatiri hasil pemikiran yang diperoleh tu nanti sebenarnya adalah yang
terbaik bergantung kepada kesanggupan kita melakukannya ataupun tidak dengan suasana
dan situasi yang bersesuaian.
Lakukan dengan sebaik yang
mungkin melalui
i.
Kreatif
Gunakan
apa yang ada hanya dengan kreativiti atas segala kemampuan yang ada. Jangan
beri alasan tapi fikirkan sebaik mungkin apa rancangan-rancangan yang baik yang
boleh mendatangkan kesan mudah kepada kita mendapatkan penutupan jualan dan
tarikan minat bakal pembeli atau pelanggan. Tidak salah mendapatkan idea-idea
yang baru terdapat perbezaannya masih mampu untuk dilaksanakan. Yang salahnya
adalah apabila telah mendapat idea-idea tersebut cuma pelaksanaan idea tersebut
tidak dilaksanakan pula terbiar begitu sahaja.
ii.
Keluar dari zon selesa
Keluar
dari kepompong yang ada. Jangan terlalu selesa dengan apa yang telah dinikmati
selama ini. Selagi tidak mencuba dengan
perkara yang baru selagi itulah kita tidak akan berkembang menikmati
kejayaan-kejayaan yang lebih gah lagi. Tepuk dada tanyalah selera sama ada kita
perlu kekal di tahap yang sama sahaja atau berusaha lebih lagi meningkatkan
diri ke tahap yang lebih gemilang dan cemerlang lagi.
iii.
Sanggup mengambil risiko
Di
mana-mana sahaja ada risiko antara kita pandai menilai risiko tersebut menjadi
risiko yang rendah ataupun yang tinggi. Gunakan pemikiran yang telah Allah
anugerahkan ini menjadi pegangan hidup kita sama ada melakukannya untuk
mendapatkan kebaikan atau keburukan. Semuanya kita yang nilai dan lakukan
sendiri. Pegangan hidup kena kuat agar apa yang kita lakukan seiring dengan
risiko yang bakal kita lalui dan hadapi. Elok tindakan kita sudah pasti risiko
mampu untuk dikurangkan tapi kalau tindakan kita tidak betul sudah pasti risiko
kerugian pula akan kita tanggung buat selama-lamanya pula.
iv.
Mencari idea-idea baru
Jangan
berhenti dari terus memikirkan idea-idea yang baru yang mampu untuk menolong
dan membantu diri kita bertindak dengan lebih agresif dan produktif lagi.
Jangan kata mudah sangat kering idea atau ilham kerana rezeki Allah itu Maha
Luas untuk kita mencari dan menjejakinya. Jangan mudah putus asa dan kecewa
pula kerana ini akan memberikan sekatan pula atas diri kita. Teruskan sahaja
berusaha berfikir di luar kota sentiasa.
Sentiasa bermuhasabah
mencari perkara-perkara baru yang boleh menyumbang kepada tindakan-tindakan
kita dengan lebih efektif lagi. Fikirkan dengan mencari dan berusaha sedaya upaya
kita sendiri bagaimana boleh kita memikat dan pesona kan mereka dengan
kehadiran kita melakukan jualan. Cari keyakinan mereka bukan kelemahan mereka
agar sampai bila-bila kepercayaan mereka atas kita boleh dibina dan dirangkum
dengan sebaik mungkin. Tiada yang mustahil asalkan ada keyakinan untuk kita
melakukannya. Kita yakin sudah pasti sampai bila-bila kita akan yakin untuk
melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan