Ziana atau nama sebenarnya Rabiah Abu Bakar, pemilik perniagaan D’Heritage Coffee & Chocolate House (www.dheritage2u.com), Teluk Bahang, Pulau Pinang menyatakan bahawa layanan yang diberikan terhadap seseorang adalah amat penting. Menurutnya “Bagi setiap pelanggan yang memasuki premis, layanan secara peribadi akan diberikan iaitu seorang kakitangan akan dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan mengenai produk-produk jualan. Pada masa sama, mereka (pelanggan) juga diberikan peluang mencuba semua produk yang dijual di sini.” (Petikan dari Buletin Mutiara 16-31 Julai 2014 ms 22).
Tindakan terbaik yang perlu kita lakukan apabila bakal pembeli hadir di
tempat kita. Bila bakal pembeli telah berada di premis kita ini bermakna beliau
ingin mengetahui lebih mendalam tentang produk kita dan berminat apa yang kita
tawarkan. Ambil kesempatan sepenuhnya dan jangan sama sekali membuang masa.
Berikan kepada mereka
i.
Senyuman dengan wajah ceria bukan
dibuat-buat
ii.
Bertanyakan ‘Apa yang boleh saya bantu’
dengan dimulai dengan salam jika kita pasti beliau adalah seorang Muslim
iii.
Memberikan pengetahuan produk secara jelas,
ringkas dan mudah difahami
iv.
Setiap produk pasti ada kelebihannya yang
perlu dimaklumkan termasuk nilai tambahnya
v.
Jangan bermain harga dahulu kerana ia akan
memendekkan masa pertemuan mereka pada kita. Kebiasaannya produk yang mempunyai
harga yang agak tinggi biasakan untuk bertanya berapa bajet yang diperuntukkan
vi.
Banyakkan bertanya bukan terus memberikan
solusi
vii.
Berikan layanan sebaik yang mungkin tanpa
merasa penat, jemu dan memualkan
Bersabar dan bertenang sentiasa. Sabda Rasulullah SAW ‘Janganlah seseorang itu membebankan dirinya
untuk melayani tetamu dengan menyediakan apa yang dia tidak mampu’ (Hadis Riwayat Al-Baihaqi). Pastikan apa yang kita tawarkan
adalah dalam lingkungan perkhidmatan yang pasti mampu untuk kita lakukan.
Jangan mudah menghampakan harapan seseorang kerana mereka yang hadir ini
seolah-olah telah menyerahkan diri mereka untuk berurusan dengan kita. Hanya
kebijaksanaan kita bagaimana untuk diterjemahkan pula menjadikan beliau setuju
untuk menerima tawaran kita pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan