Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 9 Ogos 2014

BINA KEMAHUAN UNTUK MEMBELI



Bukan semuanya bila kita menjual, bakal pembeli atau pelanggan tiba-tiba sahaja berminat untuk menerimanya. Seperti ada tarikan magnet untuk kita melakukannya. Pasti akan menyebabkan bakal pembeli atau pelanggan dengan lebih mudah untuk menerima apa yang kita tawarkan kepada mereka. Tidak mustahil dan tidak juga sukar andai kata apa yang kita lakukan sememangnya mereka amat menyukai dan yakin dengan apa yang telah kita berikan kepada mereka.

Semuanya pasti bermula dari tindakan permulaan dan awal dari kita. Merasakan peluang yang tipis sahaja untuk mendapatkannya tetapi  pada akhirnya menyatakan bahawa bakal pelanggan atau pembeli tiba-tiba menyuarakan minat mereka membeli produk yang ditawarkan. Mesti ada penyebabnya dan mesti ada tarikannya bagaimana mereka benar-benar boleh berminat dengan apa yang kita tawarkan.

Ini tugasan mereka yang melakukan tugasan jualan. Nak dapatkan keyakinan dan kepercayaan membina kehendak pembeli menerimanya adalah dengan cara memastikan tindakan yang betul dan tepat yang boleh kita lakukan seperti berikut

i.             Cipta soalan-soalan yang boleh dan mampu menarik perhatian mereka. Bila orang dah berminat dengan apa yang kita tanyakan sudah pasti tanyalah apa juga soalan yang dikemukakan sudah pasti dengan hati yang terbuka akan mendapati pelbagai jawapan yang boleh membantu kita selesaikan segala masalah yang mereka hadapi.

ii.           Fahami kemahuan dan keinginan mereka dengan memudahkan lagi produk apa yang paling bersesuaian untuk kita tawarkan. Jangan per mainkan mereka kerana kuasa membeli hak mereka tapi layanlah dan beri perkhidmatan yang sebaiknya agar mereka tahu yang mereka benar-benar kita ambil berat dan tahu akan apa yang mereka cari selama ini.

iii.          Sentiasa berterusan kempen dan promosikan. Jangan bila ada produk baru atau kedai baru terhegeh-hegeh lakukan promosi sahaja. Lepas tu main biar begitu sahaja. Sepatutnya promosi kena berterusan dan kena di teruskan sampai bila-bila. Biar mereka tahu produk kita sentiasa ada dan bersama mereka di dalam pasaran.

iv.          Bagi pelanggan-pelanggan sedia ada sentiasa berhubung dengan mereka walaupun hanya makluman melalui SMS sahaja. Penting jangan putus hubungan tapi cipta dan kekalkan hubungan tersebut sampai bila-bila. Hubungan yang kuat sudah pasti kesetiaan dan tumpuan mereka terhadap produk kita tidak akan lari dan luntur. Per kemaskan dan jangan di abaikan sama sekali.

Kita ambil berat apa yang mereka mahukan sudah pasti mereka akan sentiasa mencari kita. Bagi mereka selagi ia nya memudahkan tanggungjawab mereka ke atas apa yang mereka cari dan mahukan kenapa perlu beralih produk dan perkhidmatan yang sedia ada mereka pergunakan. Selagi kita memberi tawaran dan perkhidmatan yang terbaik selagi itulah kita akan sentiasa di cari orang. Pastikan apa yang kita katakan dan tawarkan adalah benar mengikut apa yang di perkatakan. Jangan kelentong dan menipu kerana perbuatan tersebut boleh memusnahkan karier kita dalam menjual. Sentiasa ikhlas dan tunjukkan kebenaran dengan apa yang telah kita beri dan tawarkan. Tanpa pembeli siapakah kita yang melakukan jualan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan